BEN ASHAARI

Sunday, March 10, 2013

MOCHA BLUEBERRY SWISSROLL YANG SEDAP!.

rsz_mocha_blueberry_swissroll
Assalammualaikum, salam semua. Hampir 3 hari cm tak update blog, bukan tak masak, tapi cuma  masak yang biasa2 dan cm rasa benda yang terlampau biasa tak perlu lah kan dimasukkan dalam blog sebab dah kerap sangat. Kalau ikutkan hati macam nak sambung cuti saja, tapi ada juga mereka yang prihatin sms tanya cm ok ke tak, sebab blog tak berupdate...huhu, terharu dan terima kasih atas pertanyaan itu. Selain cm tak masak yang bess sangat, cm juga tak berapa nak rajin lah sejak2 ni..hmmm, ntah lah, ada masa rasa macam dah malas nak berblog.....tawar hati pun ada, tapi itu mungkin sebab penat sikit sejak2 ni. Takpelah, bila ada masa insha Allah cm akan update blog, tapi bukan lah dengan resipi2 yang canggih dan mengancam sangat, cuma yang biasa. Sebab tujuan cm berblog kan nak share dan memberi idea pada anda untuk memasak santapan harian.. Entri kali ini cm letak resipi yang amat2 mudah, tapi sedap..bukan nak puji diri sendiri, tapi mereka yang makan semalam kata macam tu.. Terima kasih sahabat ku Sis Linn dan Sue Joshua yang sudi singgah menziarah Bak yang kurang sehat....

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram tepung optima @ tepung sponge mix
3 biji telur gred A
30 gram mentega, cair dan sejukkan
30 ml susu segar
1/2 camca teh perisa mocha
1 camca teh coklat emulco
2/3 cawan 'non-dairy whipping cream', diputar kental
Blueberry filling secukupnya (cm guna yang tanpa biji blueberry)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin kek berukuran 12 inci x 12 inci x 1 inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar berlebih sedikit pada bahagian kanan dan kiri tin, lenser juga kertas minyak tadi. Ketepikan..(tujuan kertas dilebihkan, untuk memudahkan anda mengeluarkan kek dari tin).
  2. Masukkan tepung optima, telur dan susu segar ke dalam mangkuk adunan, kacau rata dengan whisk, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat, kurang lebih 7 - 8 minit. Masukkan coklat emulca dan perisa mocha, putar sebati.
  3. Tuang mentega cair dan gaul rata dengan spatula, gunakan kaedah kaup balik. Tuang dalam tin tadi, ratakan dan bakar selama 25 minit pada rak tengah oven anda. Bila kek masak, keluarkan dan terbalikkan atas jaringan. Tanggalkan kertas minyak perlahan2. Biar sejuk (dalam 10 minit)
  4. Sediakan sehelai lagi kertas minyak yang bersih. Letak atas kek tadi dan berhati2 terbalikkan kek.  Sapu whipping cream rata2, kemudian paipkan blueberry secara berjalur atas whipping cream tadi. Gulung kek berhati2. Padat2kan dan simpan dalam peti sejuk 1 - 2 jam. Boleh dipotong dan hidangkan.
CATATAN MAT GEBU :- Untuk meletak whipping cream, cm masukkan whipping cream yang telah diputar dalam piping beg yang dipasang nozel bermuncung rata bersaiz agak besar (kurang lebih 1 inci) dan paipkan memanjang atas permukaan kek hingga penuh. Diikuti blueberry filling, dan baru digulung kemas...


6 comments:

Amin A. R said...

Sedapnya swissroll tu..tengok je pun dah rasa sedapnya... :)

Hartini Rahaman said...

Minta izin nk cuba ya...

adda syuhada said...

cantik plak tengok CM potong kek tu...nampak kemas jer...

aziejaya said...

As salam CMG,
Thank you for sharing. Insya Allah, one day will try this recipe.

Yatie said...

kemas je che mat potong kek ni...teliti betul orangnya..cayalah..

Lydia Miza said...

cantik...siap ada blueberry lg tu

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.