BEN ASHAARI

Sunday, March 3, 2013

AYAM MASAK LEMAK CILI PADI

rsz_ayam_masak_lemak_cili_padi
Assalammualaikum, salam Ahad. Masak apa hari ini?. Cm agak malas nak masak sejak2 ni, tapi masak juga yang senang2. Ayam masak lemak cili padi cm plan masak pagi tadi. Semalam ada sedara cm datang menziarah Bak, dan mereka bawakkan cili padi. Bukan rumah cm takde pokok cili padi, cuma bila cm nampak cili padi yang segar, yang merah, terus teringin nak masak ayam masak lemak cili padi. Mula2 plan nak campur belimbing buluh, tapi belimbing habis meluruh dari pokok. Maka cm letak kentang. Cm guna kurang lebih 1/2 ekor ayam. Kalau dapat ayam kampung lagi bess, yang cm guna ayam daging. Walaupun 1/2 ekor tapi bukan saiz ayam yang besar sangat. Ok resipi seperti berikut..Dan anda boleh masak awal untuk mendapat rasa yang lebih sedap....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
3 - 4 biji kentang saiz sederhana, kupas, belah 4 setiap 1 dan rendam
3 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
800 ml santan cair
400 ml pati santan
1 kiub ayam (optional)
Air jika perlu
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 genggam cili padi merah kampung

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan ayam, serai titik dan bahan kisar halus ke dalam periuk, gaul rata dan masak hingga ayan kecut. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih. Masukkan kentang dan masak dengan api sederhana hingga kentang 3/4 empuk.
  2. Tambah asam gelugor, kiub ayam (jika guna) dan air, jika perlu. Tuang santan pekat dan kacau rata. Biar mendidih perlahan. Masukkan daun kunyit, garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matika api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain.


13 comments:

NinaAz said...

Sedapnyaaaa masak lemak ♥♥

Sunah Sakura said...

teringat masak lemak saya...eh

Rozuan Ismail said...

fobia nak makan. pedas sangat nanti sakit perot

mommynana said...

Esok sy baru cdg masak ni. Tadi xjadi masak sbb byk urusan rumahtangga. Sy dah try pecal jawa Cik Mat tghari tadi. Best!:D

Tihara said...

ni my hubby punya favourite...saya pun suka :)

Shasha Mohamed said...

Saya suka masak lemak! Terutamanya lemak putih ;)
Ni kalau ada belimbing buluh tu tentu lagi kaw rasanya kan cm?
Thanks for sharing ;_

deno said...

emmm.... terasa pedas

Ummi said...

Confirmed sedap kalau air tgn Mat...!

dessi ariani said...

Malamni sy nk try pula sllu masak lmak udang jew huhu

Elis Azli said...

Saya pn nk cuba wt mlm ni..esk leh mkn sahur skali..

Elis Azli said...
This comment has been removed by the author.
yed zurit said...

Sedap mkkn kesukaan 2

zairatul shafika said...

Salam kak nk tanya apa beza santan cair dn santan pekat

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.