BEN ASHAARI

Saturday, February 2, 2013

URAP DAUN BEREMI DENGAN PEGAGA..

rsz_urap_beremi

Entri seterusnya, satu resipi yang kerap cm letak dan pastinya ia ada kesan2 nostalgia pada mereka2 yang pernah merasinya. Cm pun jarang makan daun beremi ni dan kalau ada pun cm tau buat urap saja. Tapi ada juga yang kata digoreng sama udang atau dimasak lemak cili padi juga amat enak. Nanti2 kita cuba pulak. Daun beremi yang cm banyak tumbuh dikawasan2 berhampiran pantai dan bertanah lembap. Pokoknya jenis menjalar dan batangnya hijau lembut. Daunnya berbentuk bulat tapi lonjong. Banyak dijual di pasar tani dan mungkin di pasar basah juga ada. Dari segi perubatan, dikatakan daun beremi boleh menghilangkan rasa ketagihan merokok dan baik untuk pesakit asma (sumber : di sini )....

rsz_dedaun

Mana yang tak pasti rupa daun beremi, anda boleh lihat gambar di atas yang cm ambik sebelum ku jadikannya urap. Perasan tak rupa pokok beremi ini sama seakan2 pokok bunga perhiasan yang banyak ditanam dikawasan rumah atau taman, ada yang panggil pokok bunga jam 10 pagi. Sebenarnya pokok beremi dalam keluarga yang sama dengan pokok bunga yang cm sebut tadi, dalam keluarga 'Portulacaceae', itu pasal bentuk daun dia seakan2...Tapi anda jangan pulak pi kutip pokok bunga tu dan dibuat urap pulak yea...Takut lain ceritanya nanti..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak daun beremi
1 cekak daun pegaga
5 helai daun cekur muda
1 1/2 cawan kelapa parut putih
Garam dan sedikit gula

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
2 inci ubi cekur
1/2 inci kunyit hidup

1 genggam udang kering, cuci dan rendam dalam air panas
1/2 inci belacan, dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Cuci daun beremi dan daun pegaga, kemudian toskan sampai kering. Potong kedua2 jenis daun tadi kecil, masukkan dalam satu bekas. Daun cekur dimayang halus dan campur kan sekali bersama daun lain. Ketepikan.
  2. Gaul kelapa parut putih dengan bahan tumbuk lumat hingga rata. Tambah sedikit garam dan gula. Gaul hingga mesra. Tambah no. 1 dan gaul hingga rata. Kemudian sangai dalam kuali hingga suam dan sedikit kering. Angkat dan boleh hidangkan. Simpan dalam peti sejuk jika tidak habis dimakan.

6 comments:

azizah@cutemamadelicacies said...

Aduh... Sedapnya. Selera mkn urap bermi dan pengaga..

azizah@cutemamadelicacies said...

NinaAz said...

beremi tu rasa mcm mana? xpernah makan. pegaga taww.. hihi

gadisBunga™ said...

betul lah macam daun portulaca! Hahaha! Byk gak kegunaan spesis ni kan? Ada yg boleh dimakan. Ada yg boleh buat rawatan kulit kering...

Tapi yg beremi ni adalah spesis yg saya tak penah terai lagi...

Raudzah Zahari said...

Bestnya kerabu ni..walau tak pernah dengar and tengok daun berami ni..tapi gambar aje dah cukup menyelerakan...yummy!

rubyhanie said...

dekat labuan kami panggil beremi ni barmis