BEN ASHAARI

Wednesday, February 27, 2013

SUP SAWI PUTIH...UNTUK YANG 'GAOT'...

rsz_sup_sawi_putih
Petang semua, tak buat apa pun petang ni, kalau lapar boleh lah makan biskut krim kraker cicah teh O. Dan sebab cm tak buat apa2, cm nak juga letak entri cikai yang sempoi dan cm masak untuk Bak yang masih kurang sehat. Lepas demam tu hari Bak kena gout sebab Bak salah makan, dia makan rojak mamak yang kuahnya ada kacang tanah (beli punya...bukan cm buat yeaaa...). Jadi cm masakkan sup sawi putih campur ayam. Kalau letak udang, mau bengkak balik kang kaki. Gout ialah satu penyakit dimana bila kandungan uric acid dalam badan tinggi, ia akan membentuk kristal di sendi2 kita terutama bahagian kaki. Bila ada gout, kenalah berpantang, banyak benda tak boleh makan dan digalakkan mereka yang ada gaout minum lebih air masak supaya kerap buang air kecil. Dalam masa sama uric acid juga akan ikut keluar..Untuk lebih terperinci, anda boleh Google....Resipi amat mudah, seperti berikut.

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 pokok sawi putih, contoh di sini..cuci, tos dan siang berasingan daun dan batangnya
2 ketul peha ayam, kerat 4 setiap 1, cuci dan toskan
1 kiub ayam (optional)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 inci halia, hiris
1/2 camca teh serbuk lada hitam
2 cawan air
Beberapa titik minyak bijan
Garam secukup rasa
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk (cm guna minyak jagung), tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan ayam, kacau dan masak hingga ayam berubah warna. Tuang air dan masukkan kiub pati ayam. Biar mendidih hingga ayam masak (kurang lebih 10 minit).
  2. Masukkan batang sawi, serbuk lada hitam dan masak sekejap. Tambah garam secukup rasa, dan masukkan daun sawi, gaul rata dan tambah minyak bijan. Kacau rata dan masak sekejap, Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur dengan bawang goreng dan boleh hidangkan bersama nasi..


3 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

sedap diratah2 ni & tak perlu buat air, kannn

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

semoga bak cepat sembuh, mesti sakit kakinya tu, bersabar ya...

justablogofmine said...

thanks..boleh try ni..ayah pun ada gout

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.