BEN ASHAARI

Friday, February 15, 2013

SECAWAN TEH PANAS, SANDWICH DAN 'MAJALAH MIDI'

rsz_midi

Assalammualaikum, salam semua. Malam ni mat letak satu entri penghargaan untuk Majalah MIDI isu 15 hb Februari 2013. Walaupun Majalah MIDI dikhususkan untuk wanita 40++, tapi pengisiannya sesuai dibaca oleh semua, termasuk kaum adam. Dan dalam isu ini juga pihak MIDI telah sudi meletakkan resipi dari blog DTS. Terima kasih pada Kmpulan Media Karangkraf terutama untuk Puan Siti Mariam Elias yang bertanggungjawab menyunting resipi DTS ke Majalah Midi...terima kasih sekali lagi. Buat pengetahuan anda MIDI dibawah satu bumbung dengan Majalah RASA...

rsz_midi1

Walaupun resipi pernah disiarkan di blog DTS, tapi bila ia berada dalam majalah, keadaannya agak berbeza...feel nya berlainan. Untuk tahun 2013 ini yang cm tau setakat ini blogger masakkan Ct Delima dan Ros Jintan Manis turut disunting untuk menghiasi ruangan "resipi blogger" dalam majalah MIDI terdahulu (edisi 1 hb Februari dan 15 hb Januari)..Tahniah juga untuk mereka. Cm ucapkan terima kasih juga pada Kak Ct Delima yang awal2 tag cm dengan gambar MIDI isu 15 hb Februari 2013 di FB...

rsz_midi2
..dan sambil2 membelek MIDI, cm buat jugalah sandwich dan teh panas. Sandwich tu agak besar, jadi boleh dipotong dua, atau kalau lapar tahap naga buana, boleh saja nak belasah seketul kasi habis. Sandwich takperlu resipi lah kan, sebab dah beberapa kali cm letak di blog ini. Bahan2 seperti biasa cuma kali ni cm guna roti Bai jenis bun, tapi bun saiz besar. Isi dia cm guna daun salad, hirisan timun, tomoto, bawang besar, gherkin jeruk (boleh beli dipasaraya, diisi dalam botol) dan juga hirisan meatloaf ayam (atau apa2 inti kegemaran anda). Sos ikut apa jenis yang anda suka, cm guna sos 1000 pulau atau thousand island. Nikmatinya bersama secawan teh hangat sambil membelek2 majalah MIDI. Kalau belum beli, boleh dapatkannya di kedai2 majalah atau buku berhampiran....sekian wassalam....

7 comments:

Sunah Sakura said...

sedapnyeeeeeeeeeeeeeeeeee yang dalam gambar dalam majalah MIDI tuuuu... yang kat luar majalah tu...ermmm...ermmm...ermmm....nanti saya fikir...

hanieliza's cooking said...

TAHNIAH>..
wahhh..semakin maju berjaya CMG..
Bravooooo...cuma nanti jangan lupakan saya ni yerr...

Don't Afraid to Try said...

CMG,

macam mana roti bai besar tu ya? teringinnya nak makan..

Fadilah Aziz said...

Tahniah CMG...Semoga terus maju, rasa bangga bila blogger chef macam CMG dihargai bakatnya

Roti bai ni saya first time dengar..CMG buat ke beli dah siap?

HomeKreation said...

Aslmkm. Tahniah Mat, lagi & lagi! Along ada beli Rasa bulan ni, barulah dapat tengok rupa Mat Gebu kita wl pun di kelabukan.
pssss.... meh buat bread pudding pula dlm pie maker!

ibundo said...

Tahniah mat. Mat antara mereka yg bundo kagumi

Mariam Elias said...

Terima kasih Che Mat Gebu kerana promote majalah MIDI. Terima kasih juga kerana sudi berkongsi resipi untuk pembaca MIDI. Lain kali kita bekerjasama lagi ya.

-mariam-

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.