BEN ASHAARI

Wednesday, February 6, 2013

SAYUR RAMPAI UDANG TEMPOYAK...

rsz_ramapi_udang_tempoyak
Assalammualaikum, salam Rabu. Anda dah santap tengah hari?.. Mesti menu bess, yea tak. Hari ni cm masak satu resipi yang taktau nak bagi nama, ia seakan2 sanbal daun kayu tapi ada letak udang dan ditumis sedikit. Jadi cm tulis kat wall FB, maka ada yang bagi nama2 untuk resipi ni hari dan antara banyak2 tu cm tertarik dengan satu nama seperti yang cm tulis di atas. Terima kasih Puan Hamidah Tahir, dan cm tambah perkataan "sayur" depan dia. Cm saja nak habiskan baki 5 ekor udang kaki merah. Sebab daun2 yang ada setakat 2-3 jenis, maka cm campurkan udang tadi. Ada petai, kasi masuk juga. Masakan macam ni selalunya sedikit pedas, baru sedap. Namun terpulang pada anda, nak kurang pedas pun boleh. Satu lagi daun2 yang anda guna, harus dicuci dahulu, keringkan dan dimayang halus macam bunga rampai. Ok, dah bersedia...jommm kita lihat resipi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 tangkai pucuk ubi, cuci, tos dan mayang halus
3 helai daun kunyit, cuci, tos dan mayang halus
6 tangkai kacang botol, cuci, tos dan hiris halus
5 ekor udang bersaiz besar, dibersihkan, cuci dan tos
800 ml santan
1 keping asam gelugor
2 camca besar tempoyak
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 genggam ikan bilis, rendam dan toskan
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
30 biji cili padi kampung
1 inci kunyit hidup
2 batang serai, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tambah tempoyak dan kacau rata. Tuang santan, masukkan asam gelugor, kacau dan biar mendidih. Tambah udang dan petai, masak sekejap.
  2. Masukkan pucuk ubi, daun kunyit dan kacang botol, gaul rata. Perasakan dengan garam secukupnya. Kacau dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain..

7 comments:

Umiazah Mz said...

assalam
sedapnya CMG..terliur tgk

Mas Michiko said...

wowwwwwwwww lauk fav saya ni... ditambah pulak dgn petai... mmg terangkat habis!

MamaFaMi said...

Kecurzzzzz ler Mat oi, tengok gambar lauk ni. Dahlah mama ni bercita cita nak makan maggi je tengahari ni... alahai.. cemana ni. Tak pe la, karang masa makan maggi mama bayang je tengah makan lauk Mat ni ye...

Kakzakie said...

Mak aii... sampai 30 biji cili padi mesti meletop ni CM. Lagi pedas lagi best kan kakak pun suka tapi budak-budak mesti makan sesudu dah cukuplah...

Ibu Lala said...

My peberet ni cmg. Hantaq mai sikit..

hans said...

Kecurr!! Esok nak masak ni la. Hmm nak kena pi cari tempoyak la.....tq CM.

shidah said...

apa lg daun yg kita boleh campur dlm tuh cik mat?