BEN ASHAARI

Saturday, February 9, 2013

SARAPAN MI MAGGI LADA HITAM JE PAGI NI...ANDA?

rsz_sup_maggi_lada_hitam
Pagi semua, salam Sabtu. Dah sarapan?...Hari ni cm letak entri awal sikit, sebab takut tak sempat nanti. Ada banyak benda nak kasi siap...konon2nya lah. Pagi makan mi maggi dah lah kan, malas nak pening2 kepala. Check dalam pantry yang ada mi maggi ayam saja. Yang tu untuk budak2, oleh sebab nak kenakan dengan tekak orang tua...errrr cm tak berapa tua sangat yea....perhatian semua. Maka ku oter serba sedikit, alaahh macam biasa. Cuma lepas siap, cm tengok rupa dia masih nampak macam mi maggi untuk kanak2 rabena...huhhh, takpelah, kanak2 pun kanak2 lahhh kan...syukur alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi....Ok lah jomm sarapan dulu....resipi cincai jee..seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 pek mi maggi perisa ayam, asingkan perencahnya
4 keping cendawan tiram, hiris
1 keping isi ayam (bahagian dada), hiris
1/4 cawan mix vege (karot. jagung, kacang pis)
Sedikit hirisan kobis
3/4 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
2 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, cincang halus
2 keping hirisan nipis halia
3 cawan air
Sedikit hirisan daun bawang, untuk hiasan
Sedikit hirisan daun sup, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan (err...takde..huhu)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan daging ayam dan masak hingga daging ayam berubah warna. Tuang air dan kacau rata, bair mendidih.
  2. Masukkan perencahnya (yang disertakan sekali dalam pek mi maggi), kacau dan masukkan kobis, mix vege dan cendawan. Tambag lada hitam tumbuk dan juga mi maggi. Masak hingga mi lembut.
  3. Tuang dalam mangkuk, hias dengan hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Hidangkan panas..

7 comments:

hajar said...

slm pg Che Mat.... w/pn cincai maggi Che Mat tu nmpk menarik jer...:)

wanda meowmeow said...

meriah maggi nya...

Amie said...

Belum sarapan lagi Mat...

--AFZ-- said...

Alamak sedapnya!!!

kissz said...

Huiiiiii cik mat malatoppppp

faa.rosli said...

waaaaa....sama laa menu brekpes kita...maggi ayam..sebijik! cuma faa just maggi+sosej daging ramly n cik mat meriah! hehe

ie_lya said...

Teringat zaman belajar...time tu makan megi ayam...pastu letak lada hitam banyak2....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.