SAMBAL SOTONG PETAI....

rsz_sambal_sotong_petai
Assalammualaikum, salam Jumaat, anda apa khabar..sehat ke?...Sepatutnya entri sambal tumis cm letak siang tadi, tapi atas sebab2 yang tak boleh dielakkan, cm kena tangguh ke waktu sekarang ni...huhu. Rasa2nya lama juga tak masak sambal tumis petai. Sebab cm dah ok makan sotong..tapi sotong kembang dan sotong tin, sotong segar belum berani. Maka cm masak sambal tumis sotong campur petai. Resipi sama seperti yang cm masak dulu2. Satu nak bagi tau. Anda yang rajin mencuba pelbagai jenis resipi, contohnya macam resipi sambal tumis dan dalam banyak2 tu salah satunya menepati citarasa anda dan keluarga, maka eloklah ia dijadikan rujukan seterusnya bila anda nak memasak sambal tumis. Cm pun macam tu juga, kalau ada resipi yang ngam dengan tekak, maka akan ku simpan dalam satu buku 'wajib' cuba. Sambal ini anda boleh ganti dengan udang atau pun ikan bilis. Ok, resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor sotong kembang, saiz besar
3 papan petai
1 biji bawang besar, potong kasar
1/2 camca besar pes asam jawa
2 senduk nasi penuh cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 biji buah keras, dihiris
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong dipotong kecil (atau ikut saiz yang anda suka), cuci dan celur sekejap, dalam 1 minit, toskan. Petai diambil isinya, cuci dan tos, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa dan kacau rata.
  3. Tambah petai dan sotong, kacau rata dan masak sekejap. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan bawang hiris, kacau dan masak hingga bawang layu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain...

Post a Comment

4 Comments

  1. fuhhh.. kebetulan niatnya nak masak sambal sotong, terjumpa plak resepi CM yang ni.. hihi..

    ReplyDelete
  2. lebih suka lawan dengan udang besar sikit...mebeles....
    sotong mcm nie tak berapa nak makan ler CM..

    ReplyDelete
  3. fuhh.. terliur la tengok sambal petai CMG ni.. kena gi cari petai ni..

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak makan sotong.. anyway.. husband kita suka petai... hmm harum

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.