PUCUK KACANG TUMIS BAWANG PUTIH.

rsz_pucuk_kacang1

Assalammualaikum, salam Sabtu. Anda sehat hari ini?...Sebenarnya mood cm agak ke laut, rasa berat hati sangat nak masak2, Bak agak kurang sehat, demam, tapi dah ok, cuma dia meracau semalam dan nampak benda2 yang tak sepatutnya, sampai pagi cm tak boleh tidur...huhu, mintak2 lepas berubat hari ni, akan ok dan Bak boleh tidur dengan lena. Hari ni cm masak yang ringkas2 saja. Semalam masa keluar, singgah di Tesco dan ternampak ada jual sejenis pucuk kacang yang orang cina suka beli. Mula2 dulu cm ingat sejenis ulam yang biasa orang kita makan atau dibuat urap (daun beremi), rupanya bukan. Jadi cm beli sikit kurang lebih 200 gram macam tu dan nak cuba masak. Sekali imbas macam taugeh pun ada juga. Cm tak pasti jenis kacang apa, tapi rasanya agak lemak...

rsz_pucuk_kacang

Sedap digoreng ringkas bersama bawang putih, sos tiram, udang segar dan sedikit minyak bijan. Dan kalau anda yang tak pasti macam mana rupa pucuk kacang tu, sila lihat gambar diatas ini. Masa beli nama dia dalam bunyi bahasa cina, jadi cm tak pasti lah anda tau atau tidak. Tapi kalau ada gambar insha Allah tak sikit banyak membantu anda yang ingin membeli dan mencuba. Resipi ringkas seperti berikut dan ia enak dimakan sejurus anda masak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram pucuk kacang @ 'tau miu", cuci dan toskan
1 genggam isi udang segar
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 camca besar sos tiram
1/2 camca teh minyak bijan (cm guna jenama Nona)
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili hijau hingga layu, masukkan isi udang dan masak hingga isi udang berubah warna, tambah sos tiram dan sedikit garam. Kacau rata.
  2. Masukkan sayur pucuk kacang, Kacau pantas, masukkan minyak bijan, dan tambah sedikit lagi garam, jika perlu. Masak sekejap hingga layu, tapi tidak lembik. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi panas dan lauk2 lain..

Post a Comment

7 Comments

  1. salam Cik Mat,
    nama melayu dia I tak tau, nama Mat Saleh dia kalau tak silap, snow pea sprouts. Sedap buat ulam and also sedap stir fry mcm yg Cik Mat buat tu :-).

    ReplyDelete
  2. @ LG....kann...tu lah cm letak nama pucuk kacang jee...Tapi risau juga takut ada yang ambik pucuk kacang yang lain dan masak macam tu... erkk...

    ReplyDelete
  3. x pernah plak makan pucuk kacang nih.. igt taugeh td..=P

    ReplyDelete
  4. Salam cm..uihh...ingt pucuk kacang apa ke tadi..pernh nampak kat tesco gk pucuk ni..tapi x prnh nk beli..nnti blh beli try masak gak..:-D

    ReplyDelete
  5. Sayur ni kalau nak masak tumis ngan bwg putih pn ok dah sedap... bekas mak mertua bangsa cina selalu masak. sedap.

    ReplyDelete
  6. mak mertua ambo suka masak sayur pucuk kacang snow peas ni..sedap :D , cm dah sebut beremi tadi,kat mana ya boleh jumpa dan mcm mana nak masak? maso kecik2 dulu nenek ambo selalu masak daun/pucuk beremi ni.rasanya sayur lemak putih,tapi kurang pasti,cuma ingat pernah mkn sayr beremi saja .jazakallah cm for sharing here..saya suka merujuk disini :D

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.