PAIS IKAN KEMBONG...

rsz_pais_ikan_kembong
Assalammualaikum, salam Jumaat yang mulia. Cuaca tempat anda macam mana?...Kat sini masih mendung dan sekali2 hujan. Hari ni cm keluarkan 3 ekor ikan kembong dan mula2 plan nak bakar dan cicah sambal air asam. Tapi entah macam mana terlintas dalam fikiran nak buat pais ikan kembong. Jadi cm mulakan projek membuat pais ikan. Pertama kali kena ambik daun pisang, cuci, lap kering dan dilayur sedikit, kasi dia lembut. Dan seterusnya proses membuat rempahnya pulak. Pais ikan kembong mudah saja membuatnya. Dan ada juga yang dicampur kelapa, tapi kali ni cm buat versi rempah sahaja, takde kelapa2 bagai. Selain ikan kembong, boleh juga guna ikan cencaru, ikan bawal, ikan pari, ikan parang dan ikan tenggiri, ikut lah jenis ikan yang anda suka. Kalau suka boleh juga dicampur sedikit tempoyak dan lebihkan cili padi dalam bahan2 rempah. Yang ini terpulang pada selera anda...Resipi mudah seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan kembong saiz sederhana
2 helai daun kunyit, mayang halus
Daun pisang secukupnya, dilayur lembut (untuk membungkus ikan)
Lidi satu secukupnya
7 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
2 batang serai, hiris*
10 biji cili padi*
1 inci kunyit hidup*
3 biji buah keras*
1 kiub ikan bilis*(*dikisar halus dengan sedikit air)
2 camca besar cili kisar
3/4 camca teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, cuci dan perap dengan jus limau kasturi 10 minit, kemudian bilas dan cuci bersih, kelar sedikit badan ikan tadi dan lumur dengan sedikit garam. Sementara itu, satukan bahan kisar halus bersama pes asam jawa, kacau rata dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Ketepikan.
  2. Ambil sehelai daun pisang. Letak seekor ikan, lumurkan pes rempah pada keseluruhan ikan tadi termasuk bahagian dalam perutnya. Tabur daun kunyit yang dimayang halus, bungkus kemas dan selitkan hujung2nya dengan lidi sate. Buat kaedah sama untuk baki ikan dan bahan2 lain.
  3. Panggang hingga masak dalam oven pada suhu 190C selama 30 minit, setiap 7-8 minit, balik2kan bungkusan ikan tadi. Macam cm, panggang dalam kuali ajaib, 7 - 8 minit setiap bahagian. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..

Post a Comment

7 Comments

  1. salam che mat kak ilah org pertama masuk dapo cm..sedapnyaaa ikan ..lapaq perut kuuu...

    ReplyDelete
  2. senangnya nak masak kalau bahan dah ada.. terlintas jer kat kepala boleh terus masak, kan... sedapnya!!!

    ReplyDelete
  3. aduh.. pedih perut tgk masakan abg mat.. sedapnyaaa....
    *pstt jom join contest kat blog sy. ada hadiah!

    ReplyDelete
  4. Datang ke mari nak nikmati pais ikan dan nasi beriani.boleh?

    ReplyDelete
  5. CMG, cubalah buat pais tempoyak ikan patin..sedap!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.