MOCHA YOGURT CUPCAKES..

rsz_mocha_yogurt_cc
Salam semua, cm buat kek pulak. Mencuba resipi yang kita tak pasti hasilnya ialah satu 'perjudian' nasib, kalau nasib baik, rasanya sedap kalau tidak, sebaliknya. Tapi kalau anda selalu baking, secara lisan anda dengar atau nampak bahan2 untuk satu2 resipi, terus anda dapat mengagak samada hasilnya akan sedap atau sebaliknya. Namun begitu, jangan salah faham, bahan2 mentah yang kita guna juga akan memberi rasa yang berlainan. Semalam cm blogwalking, sekali tersinggah satu blog minah saleh INI, dan cm tertarik dengan satu resipi chocolate yogurt cupcakes, tapi cm nak rasa yang sedikit kuat tapi menyenangkan. Maka ku tambah sedikit perisa mocha dan hasilnya..hmmm lagi sedap lahh!!...rasa tak sia2 cm derhaka sikit resipi tu.

rsz_mocha_yogurt_cc2
Kek cawan ini cm hiaskan juga dengan chocolate frosting, juga cm guna resipi dari blog yang sama, cuma cm kurangkan sukatan gula dan hasilnya agak kurang memberangsangkan. Faktor cuaca negara kita juga memainkan peranan. Takpe kan kita buat dia, lepas anda hias, sila simpan dalam peti sejuk untuk mengekalkan rupa paras hiasan atas kek yang ala2 rambut keriting itu sebelum dimakan, yea. Kalau ikut resipi asal, adunannya agak banyak bagi cm. Jadi cm buat 1/2 dari resipi yang akan cm tulis nanti. Itu pun dapat dalam 10 biji cupcakes saiz sederhana. Untuk frosting, cm buat 1/2 juga dari resipi. Sama2 cukup je untuk 10 biji cupcake tu. Cara hias terpulanglah pada anda, nak menggayakannya....resipi seperti berikut dan sekali lagi cm bagi tau, cm buat 1/2 dari resipi di bawah ini... (*____^)...

BAHAN-BAHAN KEK :-)
4oz coklat, dipotong kecil
3/4 cawan mentega
1 cawan gula perang (mat kurangkan sedikit)
1 camca teh esen vanilla
3 biji telur gred A (dikacau sedikit)
2/3 cawan yogurt asli (tanpa perisa)
1 1/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour), diayak
1 camca teh perisa mocha (resipi asal tak letak)
Sedikit serbuk koko, untuk hiasan

BAHAN-BAHAN FROSTING :-)
4 oz coklat, dipotong kecil
1/4 cawan mentega
3 cawan gula aising
1/3 cawan yogurt asli (tanpa perisa)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KEK :- Panaskan oven pada suhu 175C, alas acuan cupcake dengan paper cup sesuai atau guna paper cup jenis keras. Ketepikan. Cairkan coklat masakan dengan kaedah double-boiler, kacau hingga coklat cair. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula kastor hingga putih, masukkan telur dan putar hingga kembang. Tambah perisa mocha, esen vanilla, coklat cair dan yogurt. Putar sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata.
  3. Masukkan ke dalam acuan yang disediakan 3/4 penuh. Bakar selama 20 - 25 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan...
  4. UNTUK FROSTING :- Cairkan coklat dan mentega, gunakan kaedah double-boiler, kacau rata. Tuang ke dalam mangkuk adunan. Masukkan yogurt dan gula aising (ayak dahulu). Putar dengan kelajuan sederhana hingga semua sebati dan berkrim. Kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga  pekat. Simpan dalam peti sejuk sekejap hingga frosting boleh dipaip. Paipkan atas cupcake tadi mengikut kreativiti anda. Ayak sedikit serbuk koko dan boleh hidangkan....

Post a Comment

8 Comments

  1. Kalau tengok gambar kat blog minah salleh tu..takut pulak
    macam otak manusia..
    yg CM punya lagi cun..hehe

    ReplyDelete
  2. @ sally - tu pasal cm ayak sedikit serbuk koko..hehe

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum Tan Sri! Erkk bukan i kan minas salleh tu??? dah agak dahh.. hehehe... pssttt memang mengecurRrrrrrRrrrrrrrkan!!! << taip sambil mengigil sebab ngencess ;)

    ReplyDelete
  4. @ shahriah - salam yeaa Datinn...waaa lama tak nampak, baru tu hari cm skodeng blog datin...Mesti byk urusan kan..Looo Datin kan minah pak habib, bukan nya minah si saleh...haha

    ReplyDelete
  5. Mak oi lawanya ko andamkan cupcake ko Mat. Terpesona i melihatnya!

    ReplyDelete
  6. as salam mat

    aduhai sedapnya...menggiurkan sungguhlah

    ReplyDelete
  7. Sungguh sedap & menyelerakan...Sy gila coklat...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.