LINGUINE BERKUAH KARI..

rsz_spaghetti_kuah_kari
Assalammualaikum, salam Isnin.. Hari ni cm tak masak nasi, jadi buat spaghetti saja, Tapi bukan ala2 barat, cm kasi fusion, guna kuah kari, jadi lah ala2 mi kari. Tapi cm buat ala kadar saja, tak de letak macam2 sangat. Mood tak berapa bes ni makan apa saja pun ok lah. Kalau tak masak, makan roti atau biskut pun boleh. Cuma takde lah cm buat entri blog. Resipi yang cm akan letak nanti untuk 3 orang makan kurang lebih macam tu. Tak de ayam, udang mau pun daging dalam kuah dia, cm cuma letak bebola ikan dan jejari ketam. Kalau anda bikin, sila letak apa yang anda suka, udang, sotong, ayam, daging atau nak meriah, kasi letak semua jenis. Cm guna kurang lebih 1/3 cawan santan dan kuahnya sedikit pekat, sebab cm guna buah keras. Tapi kan sayang lah, terlupa nak letak telur rebos, huhu, dah cacat bila linguine berkuah kari tanpa telur rebus, kalau anda bikin, jangan lupa letak telur rebus. Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHAN KUAH KARI :-)
2 jejari ketam, potong kiub
Bebola ikan dan fishcake secukupnya, dipotong
2 pelepah sawi putih, siang berasingan batang dan daunnya
1 tangkai daun kari
1 1/2 camca besar rempah kari daging
1 camca besar sos cili
1 camca besar sos tomato
1/2 camca besar cili kisar
1 kiub ayam 
1/3 cawan santan
Air secukupnya
Sedikit lada hitam kisar
Garam dan gula secukup rasa
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
3 biji buah keras, hiris*(*dikisar halus)

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
250 gram pasta linguine yang belum direbus (atau spaghetti pilihan anda)
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
Hirisan cili merah
Hirisan cili hijau
Bawang goreng
Limau kasturi, dibelah 2
Telur rebus, belah 2 (tak letak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH KARI :- Satukan bahan kisar halus dengan rempah kari, kacau rata hingga menjadi pes. Panaskan minyak dalam periuk, tumis daun kari dan cili kisar hingga harum, masukkan pes rempah, sos cili dan sos tomato. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
  2. Tuang air secukupnya (anggaran 2 1/2 cawan), kacau rata dan masukka kiub ayam, Masak hingga mendidih, tambah batang sawi, jejari ketam, bebola ikan dan fishcake. Biar mendidih perlahan dan tambah santan. Masukkan serbuk lada hitam. Kacau rata dan biar mendidih perlahan.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan daun sawi dan belahan tomato ceri, kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api...
  4. UNTUK LINGUINE BERKUAH KARI :- Rebus pasta linguine hingga lembut atau ikut arahan pada paket. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Masukkan secukupnya linguine dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah kari secukupnya bersama isi2nya sekali. Hias dengan taugeh, hirisan daun sup, daun bawang, cili hijau, cili merah, bawang goreng dan hidangkan bersama telur rebus dan belahan limau kasturi. Sedap dimakan panas..

Post a Comment

8 Comments

  1. nyum nyum mesti sedap nie..xpe xletak pun xpe telur rebus tu bukan nya cheq mkan pun hehe

    ReplyDelete
  2. Isk isk isk menu yg amat menggoda minda yummy yummy yeeeaAHHH :)

    ReplyDelete
  3. nampak sedap tapi belum penah try perisa ni. slalu linguine ni masak cara biasa je tu..

    ReplyDelete
  4. good ide nih utk ketam dan bebola ikan.

    Terima kasih Bang Mat! petang ni nak buat utk encik suami terchenta..uh yeah!

    ReplyDelete
  5. Saya suka resepi cik mat, sentiasa mudah dan menjadi. Tahu tak, mee goreng saya selama ni xsedap tapi bila ikut resepi cm, memang laku! Tahniah kerana masuk dalam majalah Rasa mac ni. Diharap saya tak terlepas mndapatkannya. Dah lama tak beli majalah masakan.

    ReplyDelete
  6. Alahai CMG, bestnya nampak...nak rasa pasti tak boleh kan.

    Linguini kari.......hahaha when west meets east

    ReplyDelete
  7. x pernah cuba lagi ni !

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.