BEN ASHAARI

Sunday, February 17, 2013

LEMAK PUTIH PUCUK UBI...

rsz_lemak_putih_pucuk_ubi
Assalammualaikum, salam hujung minggu semua. Entri pertama hari ini, satu masakan kampung yang biasa anda dengar, nampak dan rasa..cm masak lemak putih pucuk ubi, yang ni Bak suka. Ada ikan masin dan sambal belacan atau sambal tumis, dah ok sangat. Pucuk ubi tu cm petik di kebun, kat kawasan rumah punya dah habis kena tebang, sebab nak kasi pucuk baru keluar. Yang ni cm guna pucuk ubi hijau, kalau anda nak guna pucuk ubi pulut (yang daunnya halus2) pun ok, lagi sedapp. Masak lemak putih macam ini amat mudah dan cm guna ikan bilis sebagai bahan rencah. Selalunya guna udang kering, tapi ni hari nak kasi tukar selera sikit. Satu lagi kalau masak lemak yang ada ikan masin, kerang atau kupang, rencahnya ada beza sikit dan perlu dikisar halus. Kalau masak lemak putih, hanya perlu dihiris saja, tak perlu banyak kerja dan tidak cerewet....mana2 yang tak pasti cara nak memasak, boleh lihat resipi berikutnya, walaupun ini masakan kampung yang amat mudah, tapi cm pasti ada yang kurang yakin nak memasaknya....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi
2 batang serai, diketuk
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, diketuk
1 genggam ikan bilis, direndam sekejap, toskan dan tumbuk kasar
1 biji cili merah, hiris
1200 ml santan
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Asiangkan pucuk ubi dari tangkainya, cuci, toskan dan celur hingga layu, toskan, kemudian perah dan potong kecil. Masukkan ke dalam periuk bersama serai, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis. Gaul rata.
  2. Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih dan pucuk ubi lembut. Jika kurang kuah boleh tambah sedikit air. Masukkan pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Kacau dan biar mendidih. Tambah hirisan cili merah dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ikan masih atau ikan goreng..


3 comments:

Amie said...

Lemak putih begini yang lebih sedap Che Mat! Terasa aromanya, lagipun santannya berbau harum tak diganggu oleh pewarna kunyit... lagilah bubuh ikan bilis, terus teringat nostalgia masa lalu di kampung dulu2!

Mat Gebu said...

@ amie - sungguh benar bagai di kata, tu pasal orang2 tua kita suka makan masakan ringkas macam ni..

Fizi Zaidi said...

walaupun fizi org muda..err tp yg nie paling sedap,,makan dgn nasi panas..aduh menyelerakan

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.