BEN ASHAARI

Tuesday, February 5, 2013

GULAI LABU DENGAN PUCUK PAKU MERAH..

rsz_gulai_labu_dgn_pucuk_paku_merah
Assalammualaikum, selesai sudah entri nasi kerabu semalam. Jadi entri pertama ni hari cm letak menu orang kampung. Seperti nama yang tertera diatas tu, labu satu sayur/buah yang menjadi kegemaran ahli keluarga cm, walaupun labu berunsur sejuk namun ia tetap menjadi pilihan. Dimasak pulak dengan pucuk paku merah yang dikutip sendiri. Banyak tumbuk ditepi2 jalan terutama di kawasan yang subur dengan humus seperti kawasan tanah gambut. Tu hari cm ada guna pucuk paku hijau atau pucuk paku perak untuk dimasak lemak dengan labu, tapi dari segi rasa, pucuk paku merah lebih sedap. Warna kuahnya juga agak menarik, sedikit kemerahan. Hidangan ini seperti biasa tak lengkap tanpa sambal belacan, ikan masin atau ikan goreng. Resipi seperti berikut....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak pucuk paku merah, siang, cuci dan toskan
1 biji labu manis saiz sederhana, kupas dan potong kiub besar2
6 tangkai kacang panjang, kerat pendek
2 batang serai, dititik
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk hancur
1 kiub ikan bilis (optional)
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
1 camca teh lada hitam, tumbuk halus
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan labu, bawang besar, bawang putih, serai, udang kering tumbuk dan santan cair ke dalam periuk. Masak hingga mendidih, jika perlu boleh tambah sedikit air. Masak hingga labu 1/2 empuk. Masukkan kacang panjang dan masak sekejap.
  2. Masukkan pucuk paku merah, kacau rata dan tuang pati santan.  Masukkan lada hitam tumbuk, garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api kecil. Kacau sekali sekala, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ikan masin/ikan goreng..


7 comments:

Kakzakie said...

Pucuk paku merah kakak suka yg masih bergulung daunnya tu CM. Kalau masak macam ini lawan sambal belacan mak tu mesti mantopzlah:)

pstt: kakak tengok resepi nasi kerabu tu juga tau - ingat nak buat cuti CNY ini.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

CM, Kak Sari kalu balik kg, dapatlah mengutip pucuk paku ni, suka yg bergulung mcm Kak Zakie, betul2 pucuk kan. Yg jual kat pasar tu kadang yg tua jer byk, liat pulak tu. Urmmm, lama dah tak makan. Memang betul, taksah kalu takde smbl belacan ngan ikan kering atau ikan goreng.

marr said...

My favorite nie, makan ngan ikan kering n sambal belacan.. hmmm... heaven.... buat pun senang.. n murah....

MOHD FAUZI SAID said...

kalau kt pantai timur,pucuk paku merah ni kita orang masak bubur lambuk dan ditambah budu sebagai penambah perisa kpd bubur lambuk bersama bahan2 yg lain..

gadisBunga™ said...

labu ni bagus che mat! boleh buang racun dalam badan. :D

MOHD FAUZI SAID said...

kalau kt pantai timur,pucuk paku merah ni kita orang masukkan dalam bubur lambuk dan ditambah budu sebagai penambah perisa kpd bubur lambuk bersama bahan2 yg lain..

ogyep yummy mellow said...

lama tak masak gulai labu... ogyep x pernah tau ada pucuk paku merah,..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.