AYAM GORENG KUNYIT DAUN KARI.

rsz_ayam_kunyit_daun_kari
Salam malam semua. Macam biasalah. Cm sejak2 ni tak dann lah nak masak bagai2 sangat, yang ala kadar dan setakat termampu saja lah. Sebenarnya cm masih dalam keadaan risau, kalau nampak status2 di dinding FB, macam ok, hakikatnya dalam hari hanya Allah swt saja yang tau. Takpe lah moga semuanya baik2 saja. Malam ni cm letak entri paling mudah, cuma ayam goreng kunyit. Nampak tak berapa kuning sangat, sebab cm guna kunyit hidup. Cm goreng tak banyak dalam 6 ketul yang agak kecil. Sebab cuma 3 orang saja yang ada kat rumah, tu pun Bak masih takde selera nak makan, abang cm yang sulung sekarang ni di tanah suci menunaikan ibadah Umrah..moga dipermudahkan segalanya. Resipi memang mudah dan kalau nak lebih bess, anda guna ayam kampung. Ayam kampung sekarang yang dibela dalam reban tak sama macam ayam kampung bebas, dagingnya cepat empuk, kalau ayam kampung bebas, agak liat. Macam cm, guna ayam daging. Ok resipi tersangat mudah seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 - 7 ketul ayam (terpulang pada anda nak guna bahagian mana)
2 inci kunyit hidup, tumbuk halus
3 ulas bawang putih, tumbuh halus
1 biji limau kasturi, perah jusnya
Garam secukup rasa
Secubit gula
2 tangkai daun kari, dilurut
1 biji bawang besar saiz sederhana, dimayang
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 camca teh jintan manis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bersihkan ayam, kemudian cucuk dengan garfu. Lumur ayam tadi dengan kunyit, bawang putih, jus limau kasturi, garam secukup rasa dan secubit gula. Gaul rata dan perap 3 - 4 jam dalam peti sejuk.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Biar minyak betul2 panas, masukkan ayam dan goreng 30 saat. Angkat dan toskan, biar sekejap. Kemudian panaskan minyak kembali, kali ni pada kepanasan sederhana dan goreng sekali lagi hingga ayam masak, guna api kecil. Angkat dan toskan. Letak dalam pinggan sesuai.
  3. Panaskan sedikit minyak, Tumis daun kari, hirisan bawang besar, bawang merah, cili merah, cili hijau dan jintan manis hingga harum. Angkat dan toskan minyaknya. Tabur atas ayam tadi dan hidangkan panas bersama nasi.

Post a Comment

10 Comments

  1. mesti sedap ni..selalu lumur garam kunyit jer...tq CMG sudi komen blog saya! bangga nyerr saya!

    ReplyDelete
  2. lepas ni nak try letak daun kari juga la....

    ReplyDelete
  3. As Salam. Mat gebu. Chek selalu dok goreng ayam kunyit lagu tu saja...cik mat letak daun karipulai...eemm nampak mengancam la pulakkk..2moro chek nak goreng ayam lagu tu jugak aaaihhh

    ReplyDelete
  4. Kadang2 simple simple lah yg sedapnya!

    ReplyDelete
  5. Kenapa goreng selama 30 saat sahaja pd mula2nya cik mat? Tos, kemudian goreng lagi?

    ReplyDelete
  6. Saya selalu goreng macam ni juga cuma kadang-kadang saya tambah daun pandan hi potong lebih kurang satu inci dan hirisan limau lipis.

    ReplyDelete
  7. 2 hari dapur cm x berasap......so masuk sini ambik resepi ayam ni ha....rindu plak kat cm...eceh

    ReplyDelete
  8. Semoga segalanya dalam keadaan yg baik... Ye cm.

    ReplyDelete
  9. harap cik mat sihat2 aje yer ...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.