BEN ASHAARI

Saturday, February 2, 2013

ASAM PEDAS 'NGERI-NGERI AYAM"...

rsz_asam_pedas_ngeri2_ayam
Assalammualaikum, hari ni dah Sabtu 2 hb February 2013, minggu depan dah Tahun Baru Cina pulak, cm pun sibuk gak nanti. Dah siap masak? Menu apa ni hari. Cm masak asam pedas ngeri2 ayam. Hmm, mesti ada yang kata cm ni silap makan ubat agaknya, asam pedas tu serupa ikan jee, mana ada ayam. Tulah ni sebenarnya memang ikan, tapi ikan ayam-ayam, kira boleh lah kan. Ikan ayam2 ini, cm kasi masak asam pedas (errr..asam pedas lagi?..) atas permintaan. Cm masakkan saja. Idea nak letak nama tu datang dari Kak Sari Yusa di sini...Walaupun macam takde kaitan, tapi tetap nak letak juga. Cm guna 2 ekor ikan ayam2 saiz sederhana. Cm letak sawi jeruk juga atas permintaan, jadi tak perlu tanya kenapa dan mengapa. Sedap ke rasa isi ikan ayam2 ni che mat?.. Sedapp. dan patutlah nama dia ikan ayam2, teksture isi ikan ayam2 ada persamaan sedikit dengan isi ayam, cuma tidak ada serat2. Isinya pun agak kenyal tapi tidak keras. Tidak mudah hancur. Kalau anda beli dan nak dimasak gulai atau asam pedas, pastikan kulit ikan ayam2 dibuang. Kalau nak bakar, tak perlu buang....Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan ayam2 (kurang lebih 1kg)
4 kelopak sawi jeruk
3/4 camca besr pes asam jawa
1 kiub ikan bilis (optionap)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
1 batang serai, diketuk
2 senduk nasi penuh cili kisar
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
1 camca teh lada hitam
3 biji buah keras, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan ayam2 dibuang kulit (suruh penjual ikan buangkan dan kalau nak masak tu jam, suruh mereka keratkan sekali), kerat dan cuci bersih dan toskan. Sawi jeruk dipotong dan rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai dan bahan kisar halus hingga wangi. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing, guna api kecil dan kacau selalu. Tambah pes asam jawa dan kacau hingga rata.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 4 cawan), kacau perlahan dan biar mendidih. Masukkan sawi jeruk (toskan) dan kiub ikan bilis, masak sekejap. Masuk ikan dan bunga kantan. Biar hingga ikan masak. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan asam pedas ngeri2 ayam dengan nasi putih dan lauk2 yang lain..

1 comment:

inahar ali said...

uish pestaim dengor nama ikan ayam2..gamaknya nama asal ikan ni disebabkan rasa isi ikan tu ada kenyal2 cam ayam kot..hehe! kalu nama ngeri2 ayam tu kira okay lagi tp jangan lak ngeri2 rimau ker singa ker mmg conpemm putus nafsu..nafsu makan daa..hahaha!!