UBI REBUS, SAMBAL TUMIS DAN KOPI 'O'.... - Dapur Tanpa Sempadan...

Monday, January 21, 2013

UBI REBUS, SAMBAL TUMIS DAN KOPI 'O'....

rsz_ubi_rebus
Petang semua, apa kata kita makan ubi rebus dulu, cicah sambal tumis ikan bilis dan tak lupa kopi O. Banyak nostalgia makanan macam ni, terutama mereka2 yang membesar di kampung Ubi yang mat rebus ni bukan ditanam, tapi ubi cambah. Ubi cambah ni ialah bila lebihan batang ubi dilonggokkan, lama kelamaan dia tumbuh dengan sendiri hingga menghasilkan ubi. Yang ni ikut nasib, kalau dapat yang empuk, maka empuk lah. Kalau dapat yang ganyut, sah2 keras kenyal jadinya. Satu lagi kalau dikampung  ubi macam ni akan direbus tapi bukan sampai empok sangat, kasi dia lembut sikit saja. Kemudian hiris nipis2 dan jemur sampai kering. Lepas tu digoreng dan disira dengan gula, dah jadi kerepek ubi rebus. Untuk entri ini mat tak payahlah letak resipi ubi rebus, sebab yang tu budak sekolah rendah pun pandai buat, cuma perlu ubi yang dikupas bersih, cuci dan masukkan ke dalam periuk. Isi air hingga menutupi ubi, biar lebih sedikit, letak garam dan rebus sampai empuk. Toskan dan panaskan kembali atas api dapur hingga ubi kering. Hidangkan bersama sambal tumis. Atau anda suka boleh makan sama ikan masin, kelapa parut dan juga gula melaka...Mat letak resipi sambal tumis....boleh?..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 genggam ikan bilis (mat guna jenis kecil atau ikan bilis nasi)
2 1/2 senduk nasi cili kisar
1 biji bawang besar, hiris
3/4 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji buah keras, hiris
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Redam ikan bilis tadi kurang lebih 20 minit, tos dan perah. Kemudian goreng hingga kuning keemasan dan garing. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga wangi. Tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masuk pes asam jawa dan kacau rata.
  3. Tambah bawang hiris, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau rata dan masuknna ikan bilis goreng, gaul rata2 dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama ubi rebus tadi...
CATATAN MAT GEBU :- Kalau guna ikan bilis saiz besar, mat tak suka goreng, tapi kalau ikan bilis nasi (jenis yang halus), mat suka digoreng. Apa2 pun terpulang pada anda.... (^___^) \/

8 comments:

  1. sedap nyer..tp takut nak makan. badan mudah masuk angin...huhu. gandingan yg hebat bersama kopi o..sambal tumis CMG mmg naik minyak...elok je rupa...terliuq :)

    ReplyDelete
  2. petang ni baru sebut-sebut nak makan ubi rebus, tengok tengok che mat yang buat dulu... isk!

    ReplyDelete
  3. wah mmg x pnh jemu mkn ubi rbs,anak2 sy suka cecah kelapa parut bergula tu.sy suka smbl ikn bilis.syukur ank2 pandai mkn ubi rebus sbb tau jelah bdk zmn la ni suka yg fast food je ^^

    ReplyDelete
  4. "Cik Nyonya datang dari kelubi
    Hendak menuju ke Tasik Chini
    Sudah lama ma tak makan ubi
    Lenkali buat lelebih, cer anto sini

    Budak-budak bermain pelita
    Pelita baru ditukar sumbu
    Mesti dak si Mat akan berkata
    Hei la mama, tak kuasa aku!!!"


    Hahahaha.... ce beli pantun mama ni Mat...

    ReplyDelete
  5. menggamit memori..makanan di zaman kecik2 dulu, waktu hujan turun..mmg layan habis..uhuhu..

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.