SIAPA SUKA MAKAN LONTONG?....

rsz_lontong_johor
Salam Sabtu, hari ni tak masak lahh, malas...sebab baki ketupat segera yang mat rebus semalam masih ada, pagi ni ku buat sayur lodeh dan sambal tumis ikan bilis, ada serunding ayam (beli punya), kira ok lah kan makan dengan ketupat, dan jadilah lontong.....ehhh, kata tak masak tadi, erkk..ok lah mat masak tapi bukan yang hardcore punya, cuma masak yang lite2 saja. Bahan2 mat guna apa yang ada dan nak habiskan saki baki sayur. Kobis takde, dan mat ganti dengan kobis daun. Ok saja, kan kita yang buat dia. Selain tu anda boleh campur jagung muda, kentang dan bunga kobis. Pada mat kalau dah banyak sangat nanti jadi terlampau semak samun pulak. Resipi lodeh ada pelbagai versi, ada tu dicampur sedikit cili kisar, ditumis dan ada guna udang basah. Tapi mat buat versi mudah, macam masak lemak biasa saja. Guna udang kering, serai titik dan sedikit lengkuas yang juga dititik serta daun salam, kalau takde boleh ganti dengan bay leaf atau tak payah letak. Ok resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/4 bahagian kobis bulat, hiris kasar, cuci dan toskan
6 tangkai kacang panjang, hiris serong
3 keping tempe berbungkus daun, didadu
2 keping tauhu, dipotong kiub
1 batang lobak merah saiz sederhana, hiris serong
1/2 biji sengkuang saiz sederhana, dipotong kiub
1 biji terung biru, dipotong kiub dan rendam
40 gram fucuk, kerat kecil dan rendam
1 cekak soo hoon, kerat pendek
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
1/3 camca teh serbuk kunyit
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN RENCAH :-)
2 camca besar udang kering, rendam sekejap, tos dan tumbuk kasar
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci lengkuas, diketuk
2 batang serai, diketuk
2 helai daun salam (boleh ganti dengan bau leaf)
1 kiub ikan bilis

BAHAN SAMPINGAN :-)
Nasi impit atau ketupat atau lontong
Sambal tumis
Telur rebus, dibelah dua
Serunding kelapa (atau serunding pilihan anda)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk, masukkan bahan2 perencah bersama santan cair, kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan lobak merah, sengkuag, tauhu kering (toskan) dan tempe. Masak hingga sengkuang lembut.
  2. Tambah kobis, kacang panjang dan terung, kacau rata dan masukkan soo hoon. Jika kurang kuah boleh tambah sedikit air, biar mendidih. Masuk soo hoon, dan tuang pati santan. Tambah serbuk kunyit dan perasakan dengan garam secukupnya. Masukkan juga sedikit gula. Masak dengan api sederhana hingga mendidih dan kacau perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Potong kiub nasi impit atau ketupat tadi. Masukkan dalam mangkuk sesuai. Cedok kuah lodeh bersama isi2nya ke dalam mangkuk. Letak 1/2 biji telur, serunding dan sambal tumis. Hidangkan panas....

Post a Comment

9 Comments

  1. yg ni suami sy dua mangkok dia habis.. sy yg org johor tak suka sgt..dia org tganu yg hantu lontong..hehee..
    boleh try resipi ni..

    ReplyDelete
  2. selalu beli kat sek 14,PJ saja...xpernah but lagik. nak buat sambal diaxpandai..

    ReplyDelete
  3. Postingan yang sangat menarik
    selamat siang saudaraku, ini kunjungan dari Indonesia, dalam rangka silaturahmi
    salam sukses untuk semua saudaraku .....
    terima kasih, jangan lupa singgah balik

    ReplyDelete
  4. kkida suka mat...nanti satu hari kkida nak rasa lontong mat yang nampak sedap tu...boleh ye!

    ReplyDelete
  5. Kakak sebenarnya suka tapi kena ikut nasihat doktor kena kurangkan tapi bapak kakak kalau setiap hari Ahad pagi mesti sarapan lontong abang yg belikan. kakak nak masak hmmm.... entah bilalah nak rajin:)

    ReplyDelete
  6. mat, ngences tengok lontong, johorean la katakan... lama dah x buat nih!

    ReplyDelete
  7. suka..sedapnya nampak makan dengan serunding tu

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.