BEN ASHAARI

Wednesday, January 9, 2013

SAYUR MERANTI GORENG BERUDANG..

rsz_pucuk_ranti_goreng_udang
Assalammualaikum. Hari ni mat dalam mood tak berapa rajin. Pagi tadi ke pasar, dan beli sayur meranti. Anda tau apa sayur meranti tu? Ia sejenia sayur yang amat digemari oleh masyarakat melayu berketurunan Jawa, dan Bak juga antara penggemar sayur ini. Rasanya lemak2 pahit dan ada 2 jenis meranti. Satu dipanggil meranti gajah, sebab daunnya bersaiz besar, satu lagi meranti kampung yang daunnya bersaiz kecil sedikit. Selain digoreng dengan udang macam mat buat tu, ia sedap juga dimasak lemak dengan keledek, atau dicampur dalam labu masak lemak. Dibuat masak bening campur tempe juga boleh. Kata orang sayur ni tak sesuai untuk mereka yang ada tekanan darah tinggi....huhu, kena tanya Doctor untuk kepastian...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak sayur meranti, asingkan daunnya, cuci dan toskan
1 genggam isi udang
1/2 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa
Sedikit air

BAHAN TUMBUK HANCUR :-)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
Secubit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk hancur hingga harum, tambah sos tiram, kacau dan masukkan udang. Masak hingga udang bertukar warna. Tambah sedikit air, biar mendidih.
  2. Masukkan sayur meranti, gaul rata dan masak sekejap hingga sayur lembut. Tambah garam secukup rasa, kacau dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi dan lauk2 lain.


9 comments:

Rozita said...

waaa...sedapnya....dah lama tak makan...payahnya nak cari kat sini..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

kalau kat pasar larkin mesti ada, kan. Selalu kalau balik kampung dapatlah petik2 sayur ni. Suka masak apapun, pahit2 dia tu buat lagi sedap, kan..

norhidana miswan said...

aduhla sedapnyer syr ranti nih, duk kl nih mmg tak jumpa lah syr nih... rindu tul balik
kalu balik johor msti carik nyer

Nieyxzha Hassan said...

Sedapnye..terliur

hajar said...
This comment has been removed by the author.
hajar said...

masakan CMG ni selalu buat saya terliur ler.... teringat lak zaman dulu2 kutip pucuk ranti ni kat kebun... hmmmm

Rozuan Ismail said...

menyelerakan tengok masakan PCM

diana said...

saya tak pernah makan sayur meranti..
nak kena google rupa dia nih..

Kalamhati said...

pokok meranti pernah dgr..tp first time dgr sayur meranti ni..huhu

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.