BEN ASHAARI

Tuesday, January 15, 2013

SAMBAL KELAPA TEMPOYAK.

rsz_sambal_kelapa
Assalammualaikum, selamat tengah hari, errrr dah tak berapa nak tengah hari sangat. Resipi ringkas untuk entri pertama hari ni. Sebenarnya mat ada masak benda2 lain, yang tu nanti lah kan masuk dalam bloh, lagi pun benda2 biasa. Ok, pernah makan sambal kelapa tempoyak? Tadi mat habiskan baki kelapa parut untuk buat urap. Dan untuk menambah ke power annya, mat tambah satu camca besar tempoyak dalam dia...seriuss..meleleh you air liur!. Mat guna juga ikan kembong yang dibakar, tambah belacan bakar dan cili padi kampung. Sebab tempoyak dah ada rasa2 masam, mat tak letak jus limau atau asam jawa. Sedap dimakan bersama nasi panas atau dicolek bersama ulam2man. Ok, jom kita lihat resipi pembuka selera ni, satu lagi nak bagi tau, sambal kelapa tempoyak ni styel mat gebu, jadi tak perlu lah nak komplen kata, kalau yang ori tak letak ini, tak letak itu...kalau nak buat ikut gaya sendiri, dipersilakan.....sekian terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan kembung saiz besar, siang dan cuci bersih
1 cawan kelapa parut putih
20 biji cili padi kampung (terpulang nak guna yang merah atau hijau)
1 inci belacan, dibakar
2 biji bawang merah, potong kasar
1 biji bawang merah, hiris halus
1 camca besar penuh tempoyak
Garam dan sedikit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan kembung, dilumur sedikit garam dan bakar hingga masak, tak perlu sampai kering, kasi bakar lembap2 saja, tapi pastikan isinya masak. Asingkan isi dan tulang, ketepikan.
  2. Tumbuk lumat cili padi, belacan dan bawang merah yang dipotong kasar. Masukkan isi ikan dan tumbuk lagi sampai hancur. Tambah tempoyak dan gaul rata. Perasakan dengan garam secukupnya dan gula. Masukkan kelapa parut, gaul hingga mesar. Akhir sekali masukkan bawang merah yang dimayang halus, gaul lagi dan rasa. Jika ok boleh hidangkan bersama ulam2man dan nasi panas.

4 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

wahhhhh.. Kak Sari pantang jumpa tempoyak nih!

etas etassa said...

salam mat gebu... suka sangat blog mat gebu... gambar semua cantik2...berbakat mat amek gambar... visit saya and jd member sy...hehehe

Kakzakie said...

Seumur hidup kakak tak pernah masak tempoyak. Baru minggu lepas kakak cuba itupun menggogle yg paling simple - ikan bilis goreng+cili+bawang tapi abang yg makan sorang kakak belum pandai lagi. Kena belajar.

Tengok resepi CMG ni terus kakak nak simpan dan nak cuba sebab tempoyaknya ada lagi tak tahu nak buat macam mana.

adda syuhada said...

mabeles...mabeles...