BEN ASHAARI

Tuesday, January 22, 2013

SAMBAL GORENG BERKICAP...

rsz_sambal_goreng_berkicap
Men'jawa' lagi...erk..bukan apa, ini sebenarnya entri tercicir. Entah macam mana mat boleh terlupa nak masukkan ke blog. Jadi malam ni cm gunakanlah sebagai entri. Sambal goreng yang kerap kali dibuat, terutama bagi orang2 jawa yang menyediakan hidangan nasi ambeng. Yang cm buat ni bukan ori rasanya, tapi ntah lah kan, biar orang Jawa yang komen nanti. Satu yang cm pernah tengok, sambal jawa yang dicampur dengan hati, pedal dan lain2 lagi. Kali ni cm habiskan baki sayur2 yang ada, cuma fucuk atau tauhu kering saja yang takde. Ada juga yang letak sedikit santan, tapi cm lebih suka yang biasa2 saja....Resipi cm mungkin tak sama dengan anda, tapi takpe, kita bertukar2 idea.

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 tangkai kacang panjang, cuci, toskan dan hiris serong
2 keping tempe, dipotong kiub, goreng dan toskan
2 keping tauhu, dipotong kiub, goreng dan toskan
1 biji kentang, kupas dan potong kiub, goreng dan toskan
1/4 bahagian kobis bulat (saiz kecil) hiris halus
1 cekak soo hoon, kerat pendek, rendam hingga lembut
1 genggam isi udang
1 camca besar penuh cili kisar
1 camca besar kicap manis
1/2 camca teh kicap pekat
1 camca besar sos tiram
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
Garam secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum. Masukkan cili kisar dan masak hingga garing. Tambah sos tiram dan udang. Kacau rata dan masak hingga udang berubah warna.
  2. Masukkan sedikit air. Tambah kicap pekat tempe, tauhu, kentang dan kacang panjang. Gaul rata. Tambah kobis, hirisan cili merah dan hijau, serta soo hoon.Tambah kicap manis dan garam secukup rasa. Kacau hingga rata. Masak sekejap dan rasa. Jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi...

11 comments:

lemongrass said...

Cik Mat sungguh kejaaaammmmm!!!!!!!!!!!!!
Hikhikhikhik... nasib baik kedai asian kat sini banyak jual tempe, tak lah buat I mengigau meleleh2 air liur :-).

Mat Gebu said...

@ LG - hahaha...ehh tau tak, sekarang ni kan...bila masuk blog LG, teringat kueh nagasari....

gadisBunga™ said...

i loveeeee jawa. eh..err..i loveeee sambal goreng jawa!

Sue said...

Kenapa panggil sambal ya. Tak nampak cilinya. Mungkin orang jawa ada majik kot

Sue said...

Kenapa panggil sambal ya. Tak nampak cilinya. Mungkin orang jawa ada majik kot

Sue said...

Kenapa panggil sambal ya. Tak nampak cilinya. Mungkin orang jawa ada majik kot

cerita makan said...

Sah sah la cik mat da cili merah hiris dgn cili kisar,alahai.. ni x baca resepi ke .

Siti Haiza said...

memang terbaikk arr

susumanis said...

doiii sedapnyer ni

sereez said...

Sgt menarik!!!

akak comot said...

kegemaran saya