BEN ASHAARI

Sunday, January 20, 2013

RASA "MACAM" AYAM, TAPI BUKAN AYAM...APA KAH ITU?

rsz_cendawan_breadcrumb

Assalammualakum...ni hari banyak projek yang tergendala, sebab cuaca tak mengizinkan (baik punya alasan), dan bila keadaan cuaca sejuk, lembap dan ada hembusan2 bayu nyaman, maka rasa lemau itu pun menjadi semakin lemau...dah tak boleh nak garing!...Sebut betul2, bukan 'garit' yea, tapi 'garing'. Namun begitu. Atas sebab kerajinan yang masih bersisa, ku masih mampu juga lah hasilkan sesuatu. Di wall FB mat, tempoh hari ada yang bertanya. Che Mat, u masak berapa kali sehari?...Ok meh sini nak kasi tau, mat masak sekali je sehari, kecuali ada sebab tertentu yang mat kena masak waktu petang. Kalau resipi2 ringkas macam sandwich, mi atau yang macam anda lihat dalam entri ini, mat buat petang atau pagi bergantung pada keadaan dan kerajinan. Jadi kalau mat masak 2 - 3 jenis masakan, mat akan publish satu persatu ikut masa yang telah mat tetapkan. Kalau semua all out, parah lah guaa....jadi begitu lah ceritanya....

rsz_cendawan_breadcrumb1

Bercerita pasal entri hari ni, mat goreng cendawan tiram, tapi bukan celop tepung, mat gaul dengan putih telur dan golek2 guna serbuk roti atau bread crumb. Satu kelebihan bila anda goreng cara ini, selain kurang meresap minyak, ia juga tahap lama dari segi kerangupan. Rasanya seakan2 daging ayam, terutama dari segi teksture, kekenyalan dan ira cendawan itu sendiri bila kita siat. Untung menggoreng cendawan seperti ini, minyak tidak boleh terlalu panas, tapi kalau kurang panas, cendawan akan melengas. Satu lagi jangan goreng dalam kuantiti yang banyak sekali goreng, mat cuma goreng 5 keping sekali goreng (ikut saiz cendawan tiram anda guna), tapi ini bergantung pada kuali atau pan yang anda guna dan kuantiti minyak. Sedap dimakan bersama sos cili dan sos kegemaran anda, nak cicah sambal kicap pun boleh, tak dosa.....Resipi seperti berikut....

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram cendawan tiram (samada yang putih atau yang kelabu)
3 putih telur
Sedikit serbuk lada hitam (mat guna serbuk lada hitam aji-shio)
Serbuk roti secukupnya (mat guna yang warna oren, boleh beli dikedai menjual bahan2 kek)
Sos cili untuk mencicah
Minyak untuk goreng terendam

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Cendawan tiram dilap dengn tissue lembap, kemudian ketepikan. Masukkan sedikit serbuk lada hitam dalam putih telur, kemudian kacau dengan garfu hingga sebati. Ketepikan.
  2. Ambil sekeping cendawan, celop dalam putih telur, kemudian golekkan dalam serbuk roti, celop sekali lagi dalam putih telur dan golek sekali lagi dengan serbuk roti. Letak dalam pinggan. Buat hingga selesai.
  3. Panaskan minyak kemudian goreng cendawan tadi hingga kuning keemasan, guna api sederhana dan balik2kan selalu. Angkat dan toskan. Letak atas kitchen paper towel. Buat hingga siap dan hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda.. Rasa 'macam' ayam, tapi bukan ayam..

8 comments:

AdyBudika said...

suke kan ko kalo cendawan2 neh!

shazlea shayla @ maria said...

bestnya.. tp mcm mana cendawan Mat Gebu tak nampak berminyak?

mrs kayrul said...

idea baru nie..selalu goreng ngan tepung je....menarik...menarik

susumanis said...

oooo..sooo yummmm

UmmiAbi said...

Wow..kreatiflah..X terfikir dek akal..hee

Rozuan Ismail said...

macam nugget pon ada.

JunAina said...

Rasa nak baerlari balik goreng cendawan.

Fariza Darwish said...

Thanks....... Suka resepi simple mcm ni, selalu grg tepung je..:)