BEN ASHAARI

Thursday, January 10, 2013

OLD FASHION PANCAKE

rsz_old_fashion_pancake
Salam petang, che mat ni masak jee eks?.. Ha ah, tu je boleh aku jawab...Kalau takde entri, tu tanda tak masak atau cuti masak...Tadi saja buat pancake, sebab ada buah2an yang nampak macam dah nazak, nak jadikan benda lain kuantitinya agak sikit, jadi meh sini ku jadikan perhiasan untuk pancake. Kali ni try pancake pesen lama yang mat dapat resipi kat internet. Tapi mat tambah sikit bahan lain. Kali ni mat tak guna non-stick pan yang comel tu, tapi guna non-stick pan besar dan pancake ni mat buat jenis drop macam tu saja dan biar ia merata sendiri. Kalau anda nak lebarkan guna senduk pun boleh tapi nampak tak semulajadi, dah kata old fashion yea tak. Buatnya amat2 mudah dan rasanya pun...mmm....sedap, anda boleh makan dengan madu, maple syrup atau jem, terpulang pada selera masing2. Kalau nak rasa kemelayuan, boleh try cicah dengan sambal tumis petai...amacam, ada berann?...Oh yea.. tadi mat baca kat satu blog pasal khasiat buahan segar untuk kulit, mat pasti anda juga berminat nak tau apa rahsianya kan....ok kat sini.... Jommm resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
1 biji telur gred A
1 cawan susu segar
2 camca besar gula halus
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh esen vanilla 
2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
Buah2an segar pilihan anda (mat guna strawberry, blueberry dan isi orange)
Madu atau maple syrup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan telur, susu, gula dan garam. Kacau rata dengan whisk. Tambah tepung yang diayak tadi, gaul rata. Tambah esen vanilla dan mentega cair. Kacau hingga semua sebati. Rehatkan adunan 10 minit.
  2. Panaskan non-stick pan, kecil kan api pada tahap minima. Lenser dengan sedikit minyak (mat sapu dengan kitchen paper towel bersih yang dicelop sedikit minyak masak). Cedok 1/4 cawan adunan pancake dan tuang di tengah pan tadi. Biar ia rata dengan sendiri.
  3. Tutup pan dengan tudung periuk. Bila permukaan pancake nampak berlubang2 dan kering, terbalikkan dan masak sekejap hingga keemasan. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki adunan. Lenser sedikit minyak setiap kali membuat pancake baru.
  4. Hidangkan bersama buah2 segar pilihan anda dan paipkan sedikit madu atau maple syrup dan kalau suka boleh letak sedikit mentega. Menghasilkan 9 - 10 keping pancake.....Selamat mencuba!!...

9 comments:

Qashmere said...

Masak je kerja Mat Gebu ni. Terliur tengok pepetang ni. Sedap ni. Kalu teringin ke McD je ler..

Rozita said...

pancake pulak dah..versi orang rajin ni..versi orang malas beli tepung segera..bancuh..masak dah siap.. tak larat makan selalu.. manissss...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

mintak 2 keping mat nak gu dgn nescafe ni... hehe...

Suriyana S Aflazal said...

tq cik mat for the lovely recipe.a must try kalau keluar blog cik mat coz..kebanyakan resipi cik mat menepati dgn selera kami sekeluarga.

m zubir jusoh said...

Sedap blh dicuba nanti niii trmksh CMG trmksh sudi berk0ngsi ilmu ....

cik beLLanan said...

fuh boleh try ni :D

gadisBunga™ said...

che mat....! resepi che mat sebijik macam resepi yang saya selalu buat, cuma saya selalu ganti mentega tu dengan minyak masak sebab malas nak cairkan mentega. heheh.

Ummiakid @ lily said...

Mengoda

nazureen said...

kalo susu sugar ganti dgn susu cair boleh x?