BEN ASHAARI

Tuesday, January 1, 2013

MOCHA STRAWBERRY SWISSROLL...

rsz_mocha_stoberi_roll2

Seperti dijanjikan, mat letak entri kek, kira ini kek pertama untuk tahun 2013. Tapi yang ni bukan lah kek yang begitu susah nak buat. Mat guna tepung optima untuk membuat kek ni. Dan nak buat pun senang, kira one bowl method, semua main lebur, lepas tu putar, tuang mentega cair atau minyak jagung dan perisa yang anda suka. Lepas tu bakar. Lupa nak cerita apa benda pulak tepung optima tu? Ada juga yang panggil tepung sponge mix. Tepung optima ialah tepung instant, yang dah siap dengan gula dan serbuk penaik, jadi ia memudahkan kerja anda dan boleh beli di kedai2 menjual bahan2 kek. Kalau anda agak takut nak buat kek span asas, anda boleh saja guna tepung optima dan insha Allah kek anda akan menjadi dengan lembut dan gebu, tapi dengan syarat, ikut cara2 dan sukatan bahan2 yang diberi...

rsz_mocha_stroberi_roll

Mat guna non-dairy whipping cream dan stroberi segar yang didadu. Kalau anda nak guna buah2an lain juga boleh, seperti mangga dan kiwi atau anda boleh gabungkan buah2an tadi. Sealain perisa mocha, anda boleh saja nak letak apa2 perisa yang anda suka, pandan, orange, lemon, vanilla atau strawberry, semua boleh, cuma buah2an kenalah pilih yang agak2 ngam dengan perisa yang anda pilih. Pasa mat cream lagi sedap dari buttercream untuk swissroll ini, tapi terpulang pada pilihan sendiri nak guna cream atau buttercream....Jadi kalau anda teringin nak mencuba, mat kasi tulis resipi seperti di bawah, selamat mencuba!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram tepung optima (tepung kek instant tanpa perisa)
3 biji telur saiz A
30 gram mentega, cair dan sejukkan (boleh guna minyak jagung)
30 ml susu segar
1/2 camca teh perisa mocha
1 camca teh chocolate emulco
2/3 cawan Non-dairy whipping cream, diputar hingga kental
Buah strawberry segar secukupnya, didadu..

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin kek berukuran 12inci x 12inci x 1inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi, biar kertas berlebih pada kiri dan kanan tin, untuk memudahkan kek dikeluarkan nanti. Ketepikan.
  2. Masukkan tepung optima, telur dan susu ke dalam mangkuk adunan, kacau rata, kemudian putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan gebu (kurang lebh 10 minit). Masukkan mentega cair, chocolate emulco dan perisa mocha. Gaul rata.
  3. Tuang dalam tin yang telah disediakan tadi. Bakar 20 - 25 minit dalam oven di rak tengah, hingga kek masak. Keluarkan dari oven, longgar2kan kek dan angkat kek dan terbalikkan atas jaringan. Buang kertas alas. Biarkan sejuk sekejap.
  4. Ambil kertas minyak bersih. Letak atas meja kerja dan berhati terbalikkan kek atasnya. Sapu cream yang telah diputar tadi rata. Tabur buah stoberi yang didadu tadi. Gulung seperti biasa dan ketatkan. Simpan dalam peti sejuk 1 - 2 jam dan boleh dipotong untuk hidangan...

3 comments:

Che N said...

lapaq aih tgk swissroll ni..lama xbuat..

gadisBunga™ said...

swiss roll antara kek yg gb tak penah try buat lagi. nape ntah?

citarasa rinduan said...

waduhhhhhh.

smlm en zalie habaq kek cmg lagi sedap dr kek dia..

tercari2 gak y mana...
kalau ini.. mmg sedappp ooooo..

8hb bt lagi kan.. hahaha