BEN ASHAARI

Thursday, January 3, 2013

MAKARONI BAKAR ALA MELAYU..

rsz_makaroni_bakar
Petang semua, sebenarnya makaroni bakar yang ni mat buat petang semalam cuma tak sempat nak masukkan semalam. Sebenarnya tak berniat pun nak buat makaroni bakar, tapi ntah macam mana mat saja2 buat inti lepas tu dengan ringan tangan pi rebus makaroni yang berbaki dalam 300 gram. Diam tak diam tiba2 jadi jee makaroni bakar. Waktu ambik gambar ni pun dalam jam 6 petang dengan cuaca mendung. Tapi takpe lah, kira boleh lah kan. Makaroni bakar ni agak besar saiznya dan mat guna bekas berukuran 10inci x 8inci x 2inci. Dan tak jadi terlampau tebal sangat, sedang elok saja. Kalau anda nak guna acuan kecil2 pun boleh, terpulang. Tapi anda pandai2 lah agak2 dalam penggunaan bahan2 untuk melapis makaroni nanti....

rsz_makaroni_bakar1

Resipi ini mudah dibuat, tak susah mana. Mat guna makaroni jenis kecik2. Tapi anda boleh guna makaroni biasa atau apa bentuk pasta sekali pun, cuma kalau guna makaroni, lagi bess, sebab ia berlubang dan jus2 dari bahan2 yang diguna akan mudah terserap dan hasilnya lagi enak. Untuk bahan lapisan mat guna daging lembu cincang, anda boleh guna daging ayam sebagai ganti. Kenapa mat kata 'ala melayu'...sebab guna rempah kari dalam dia. Kalau ada daun parsley boleh ditabur sebelum dibakar. Jika tak habis, anda bungkus elok2 dan simpan dalam peti sejuk, nak makan, panaskan saja dalam microwave. Ok jommm kita lihat resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram makaroni yang belum direbus, rebus hingga lembut dan toskan, gaul dengan sedikit mentega
Parutan keju mozarella secukupnya
White sauce secukupnya (resipi dibawah)
Inti secukupnya (resipi dibawah)
Cincangan daun parsley secukupnya

BAHAN-BAHAN INTI :-)
400 gram daging cincang
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 inci halia, cincang halus
1 batang serai, ambil bahagian putih dan cincang halus
1 tangkai daun kari, hiris halus
1 tin tomato plum, diramas
1 camca besar penuh rempah kari daging
1 camca besar sos cili
1 camca besar sos tomato
1/4 bahagian traffic light capsicum, didadu
1/3 cawan air
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN SOS PUTIH :-)
500 ml susu segar
2 1/2 camca besar tepung gandum
Sedikit parutan biji buah pala
Lada hitam kisar secukupnya
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK INTI :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai dan daun kari hingga harum, masukkan daging kisar dan goreng hingga daging berubah warna. Tambah rempah kari, goreng sekejap dan tambah sos cili, sos tomato dan tomato plum yang diramas. Kacau rata dan biar mendidih. Masukkan serbuk lada hitam. Tuang sedikit air dan masak hingga pekat. Tambah trafficlight capsicum dan garam secukup rasa, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matika api. Ketepikan.
  2. UNTUK SOS PUTIH :- Panaskan susu segar, kemudian masukkan tepung gandum dan kacau hingga sebati. Masak dengan api kecil dan terus mengacau. Tambah parutan biji pala, lada hitam kisar dan sedikit garam. Kacau rata dan masak hingga sos putih kelihatan pekat. Matikan api dan tutup periuk tadi. Ketepikan.
  3. UNTUK MAKARONI BAKAR ALA MELAYU :- Panaskan oven pada suhu 180C, lenser bekas berukuran 10inci x 8inci x 2inci dengan mentega. Masukkan 1/2 bahagian makaroni, lapiskan dengan 1/2 bahagian inti, ratakan, dan 1/2 bahagian sos putih, ratakan dan tabur parutan keju secukupnya.
  4. Lapis dengan baki makaroni, inti, sos putih dan akhir sekali baki parutan keju mozarella. Tabur hirisan daun parsley dan bakar 40 - 45 minit atau hingga permukaan kelihatan perang keemasan. Keluar dan biar suam. Hidangkan bersama sos kegemaran anda.

11 comments:

SnowladieS said...

kalau resepi ni, guna buat mcm lasagna boleh jugak kan?

Mat Gebu said...

@ snowladies - yep, xceli ini lasagna nya resipi yang che mat oter...

SU RI said...

Salam perkenalan Che Mat yang dikagumi..hii..first time tinggal komen di sini..saya nak maklum benda yang mungkin takde kaitan ngan lasagna Che Mat yang sedap nih..saya baru terjumpa gambar Che Mat untuk resepi Blended Orange Cake di link sini...http://www.facebook.com/mymumbakery?ref=stream....Che Mat ada promote kat add fb ni gak ke?? nengok macam owner tu orang JB..hmmmm..Ikhlas..SuRi..http://resepiharihari.blogspot.com.

SU RI said...

Interfere lagi Che Mat..saya baru perasan banyak lagi gambar daro blogger lain kat situ..gambar Che Mat bukan satu je..lebih..ada gak dari kak Wan, Kak Ita..dll...hmmm..any comment??? Baca statement owner fb tu lagi menyengat..hmmm

lady gamer said...

uish...sedap ni.
boleh jadi projek untuk dibuat hujung minggu ni...

Yatie said...

sedapnya, lama tak buat....cuti sabtu ahad ni leh buat utk family...anak2 suka makan mcm ni...tq che mat...

Deesha said...

Mak Oiii...sedapnya.....saya memang peminat resepi Mat Gebu...boleh saya share kat blog saya? Thanks.

Eiba said...

Salam Cik Mat,

Akak boleh katakan mmg hari2 baca blog Cik Mat ni. Akak makan hati tengok teko aladdin bunga terung dengan cawan kopitiam tu....Masih dalam pencarian! Bila la nak dapat agak nyer.....huhuhu...

Kekba.

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum che mat... Terliurnya tgk... Nmpk menyelerakan sekali...

ckg ainaa said...

CM tumpang amik resepi yer nak buat makan2 di rumah

Ash said...

Hello che mat. Sedap resipi ni. Kalau simpan inti semalaman dlm peti ais dan bakar esok harinye ok tak?