BEN ASHAARI

Wednesday, January 23, 2013

KUIH SERABAI YANG TAK SERABAI RASANYA...

rsz_kuih_serabai
Assalammualaikum, memandangkan entri dah petang. Jadi cm terus letak entri yang sesuai untuk minum petang. Kuih serabai, kuih tradisonal orang2 Melayu. Rasanya kuih serabai popular di Melaka. Tapi ada gak yang komen kata kuih tradisi tempat dia orang. Takpe lah, mana2 negeri sekali pun. kita duduk dalam Malaysia. Jadi serabai ni salah satu kuih orang kita lah kan, senang cerita. Dalam soal ni cm tak berapa suka lah nak kata kuih ni negeri mana punya. Sebab dulu pernah ada orang yang mungkin ada "mental disorder' tiba2 maki cm, pasal cm tulis lempeng kelapa warisan orang melayu. Pelik kan?..takpe lah benda dah lepas. Kuih serabai mat pernah buat sekali dulu. Tapi guna non-stick pan saiz besar jadi tak berapa nak cun. Yang ni mat guna acuan kecil yang memang guna untuk buat kuih serabai, alaaa terlupa pulak nak ambik gambar. Acuan aluminium yang setiap satu ada 4 bekas untuk membuat kuih. Kalau zaman dulu punya diperbuat dari tembaga, lagi bagus....hmm nak kena cari gak lah yang jenis tembaga....kat belah pantai timur mesti ada....

rsz_kuih_serabai1rsz_kuih_serabai2
Kuih serabai selalunya dihidangkan dengan kuah santan yang dimasak bersama gula melaka. Ada juga yang dicampur pisang, nangka atau durian. Kali ni cm campur dengan durian. Kalau anda perhatikan nanti, adunan kuih seranbai seakan2 apam, ada gunakan nasi sejuk kisar dalam nya. Santan juga digunakan dalam bancuhan adunan kuih serabai. Adunan ni agak muai, menghasilkan 36 keping kuih berukuran 2+ inci, itu kalau guna acuan macam cm. Kalau anda guna non-stick pan saiz paling kecil berukuran 4 inci tu, dapat kurang sikit lah.. Ok mat tulis resipi, manalah tau, kalau anda teringin nak mencuba satu hari nanti.....dan terima kasih pada MamaFami atas perkongsian ini...

BAHAN-BAHAN KUIH SERABAI :-)
250 gram tepung beras (mat guna cap teratai)
150 gram nasi sejuk
650 ml santan
3/4 camca teh instant yeast (mauripan)
Sedikit garam

BAHAN KUAH SANTAN :-)
1 cawan santan
1/2 cawan gula perang (mat guna gula melaka yang diracik halus)
3 - 4 ulas durian, ambil isinya
Secubit garam
1 helai daun pandan, disimpul
3/4 camca besar tepung gandum*
3 camca besar air*(*dibancuh hingga sebati)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kisar nasi dengan 200 ml santan dari dalam resipi, baki santan dipanaskan hingga suam, tak perlu sampai mendidih. Satukan tepung beras dengan instant yeast. Kacau rata. Masukkan sedikit garam. Tambah nasi yang dikisar. Kacau rata dan tuang santan suam sedikit demi sedikit hingga habis sambil dikacau dengan whisk hingga sebati dan tidak berbintil2. Perap adunan tadi 2 jam.
  2. Panaskan acuan untuk kuih serabai. Lenser dengan sedikit minyak masak (mat celop tissue dapur  dalam minyak masak dan lenser dalam acuan tadi). Kemudian tuang kurang 2-3 camca besar bancuhan ke dalam setiap acuan. Tutup dengan tudung periuk. Masak dengan api paling kecil. 
  3. Bila permukaan kuih nampak berlubang2 dan kering, itu tanda kuih sudah masak. Berhati2 alihkan kuih serabai ke dalam pinggan. Guna spatula besi. Buat hingga siap. Pastikan anda lenser dengan sedikit minyak sebelum tuang bancuhan baru. Hidangkan dengan kuah santan.
  4. UNTUK KUAH SANTAN :- Masak santan, gula melaka dan daun pandan hingga gula larut. Masukkan isi durian dan secubit garam. Kacau rata, kalau anda rasa kurang manis, boleh tambah sedikit gula pasir. Tuang bancuhan tepung gandum, kacau dan masak dengan api kecil hingga pekat. Boleh hidangkan bersama kuih serabai..

10 comments:

Rozita said...

ni macam apam nasi tu kan? sedapnya...

akak comot said...

nampak lembut..x pernah mkn pun kuih ni CM...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

selalu dengar tapi baru hari ni betul2 baca resepinya... nak godek ke tak.. nak godek ke tak... urmmmm

PertMuffin said...

ada setengah tempat kat melake nih kita sebut kuih nih "kuih mayat" atau "apam mayat" sebab selalu kuih serabai nih orang jamu masa ada kenduri arwah.. kira bahasa kasau dia, asalkan ada orang mati dapat le makan kuih nih. huhuhu

nuyunbiz said...

seddpnya cik mat....dh lama tak jumpa kuih mcm ni kat kdai2 petang2 hari..asyik2 pisang goreng... :)

Suzie said...

TQ CM ,nak cuba nanti

Cantiknyapurple said...

Dulu masa kecik2, time sekolah rendah mak suka buat apam serabi ni..tapi saya paling tak suka kalau kena bawak bekal pegi sekolah. tak minat.

Bila dah besar, duduk jauh dari mak ni, jadi rindu pulak nak makan benda yg dulu kite tak suka. huwaaaaaa T_T

MamaFaMi said...

Salaam Mat...

Serabai Mat tak serabai la.. cantik je, ala ala pakai botox. Ngeh ngeh ngeh... peace bro!

ummiayah said...

Cm apa fungsi masukkan bancuhan tepung gandum dlm kuah durian tu? Selalu sy buat tak pernah pulak letak tpg gandum..

ummiayah said...

Cm apa fungsi masukkan bancuhan tepung gandum dlm kuah durian tu? Selalu sy buat tak pernah pulak letak tpg gandum..