BEN ASHAARI

Thursday, January 3, 2013

KANGKUNG GORENG BELACAN BERAPI..

rsz_kangkung_belacan
Orang melayu tak sah kalau tak de belacan dalam kebanyakkan masakan mereka, eh orang peranakan baba nyonya pun sama, belacan bahan wajib dalam masakan mereka. Macam hari ni mat masak kangkung goreng belacan dan nak kasi lagi berapi, mat tambah cili padi. Tapi yang tak tahan pedas boleh ganti dengan cili hijau atau cili merah. Mat guna udang sebagai salah satu rencah. Masakan macam ni kena dihidangkan panas, baru sedap, Kalau dah sejuk tak berapa sangat, kaler sayur dia pun nanti dah jadi tak berapa nak hijau. Resipi pun biasa2 saja. Bila mat tulis tu, lebih untuk mereka2 yang baru nak berjinak2 ke dapur. Takpe lah kan walaupun ia hanya kangkung goreng belacan..itu je kot entri untuk malam ni....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak kangkung, siang, cuci dan toskan
1/3 cawan isi udang
1 biji bawang besar, hiris halus
1/2 camca besar sos tiram
Sos ikan secukup rasa
Sedikit air

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
20 biji cili padi
1inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum. Tambah sos tiram dan isi udang, kacau dan masak hingga isi udang berubah warna. Tambah sedikit air, hirisan bawang. Masak sekejap.
  2. Masukkan kangkung, gaul rata. Tambah sos ikan secukupnya. Masak hingga kangkung lembut tapi tidak terlampau layu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi panas dan lauk2 lain....

8 comments:

gadisBunga™ said...

belacan dengan melayu (dan juga peranakan baba nyonya) mana boleh dipisah pisah!

eh, che mat ada keturunan baba nyonya ehhh...? ;D

Mat Gebu said...

@ GB - opkosss lah, tu sebab cm ada kolek benda2 berunsur pranakan.. (^___^)

Raudzah Zahari said...

Sensitif sangat ngan belacan..tapi kangkung ni nampak best sebab ada udang and sos tiram...

cikji said...

Mmg btul2 berapi. Sedapnyaa mkn ngn ns pns ikn kembung goreng.yummy!

Cheq Sue said...

amboi che mat, sampai 20 biji cili padi, alamat tak termakan la...

pink.plate.liyana said...

phewwww..dgr nama da takot..haha..my peberet sayor ni cik mat

Kakzakie said...

Betullah CMG kakak pun suka kangkung goreng belacan, kalian pun sama, pucuk paku pun juga heee.... apa lagi sambal belacan kakak laaagi suka.

psst: teringat sambal belacan mak buat hari itulah:)

eray said...

makan dengan nasi panas, konfem meletup terbakar...aduhh sedapnya

http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/01/ubat-sakit-sendi-boleh-hilang-dalam-5.html