BEN ASHAARI

Saturday, January 12, 2013

JOMM LAAAHH.....JOMM LAHHH.....ALAAA...

rsz_sandwich_er
Jomm laaa....alaaa, errr bunyi macam gatal eks..ok ok be more serious. Ehemm...Jom lah makan sandwich, errr boleh?...Hoo nampak poyo pulak kee, hadoi, arghhh ni sandwich, kalau nak, makan!, takmo sudah!!..terus mati selera bila kena bahasa macam tu. Sebenarnya mat takde apa2 entri nak letak malam ni. Jadi petang tadi ada bikin sandwich, ala yang biasa2 tu, hmmm boleh gak kan letak dalam blog sebagai entri. Rasa mat lah sandwich macam ni tak payah resipi pun ok, bukan susah sangat, cuma guna bahan2 asas saja. Yang penting mesti ada roti. Dan itu roti mat kasi panggang sekejap dalam kuali, lenser dengan sedikit minyak zaitun dan bakar hingga perang. Nak juga ke resipi?. Yeelahhh mat tulis...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping roti sandwich (mat guna roti paun, yang dihiris sendiri)
2 keping loaf ayam (chicken meat loaf), mat guna jenama FIGO
Hirisan timun secukupnya (kurang lebih 8 keping)
Hirisan tomato secukupnya (kurang lebih 8 keping)
Daun salad secukupnya
2 biji jeruk gherkin, hiris nipis
Sos thousand island secukupnya 
2 keping keju cheddar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak zaitun, kemudian panggang roti tadi hingga perang. Angkat dan ketepikan. Loaf ayam dicelur sekejap, angkat dan toskan, biar sejuk.
  2. Ambil sekeping roti, letak daun salad, kemudian susun hirisan timun (4 keping), hirisan tomato (4 keping) dan hirisan jeruk gherkin (sebiji gherkin untuk 1 sandwich). Paipkan sos atasnya, letak sekeping loaf ayam dan akhir sekali sekeping keju. Letak sekeping roti lagi dan boleh hidangkan. Buat kaedah sama untuk baki roti dan bahan2.....

6 comments:

Paly said...

perghh! sodap nye :)

misz aisya said...

rjin nye dia..huhu.

skali tgok mcm roti kat subway. lapa lah pulaks!

Shasha Mohamed said...

Hmm... Menarik. Sedapnyer...
Saya memang suka makan sandwich ;)

MamaElla said...

Fuyooo..makanan sihat nie Cheq mat...:-D

deeTha H said...

sedapnya, pakcik....

DeaNa De said...

sdpnya,nk tye gherkin 2 timun yg jeruk ke?kt mn sng nk bli ye..