GULAI LEMAK BATANG KELADI DENGAN IKAN BILIS TAMBAN - Dapur Tanpa Sempadan...

Monday, January 21, 2013

GULAI LEMAK BATANG KELADI DENGAN IKAN BILIS TAMBAN

rsz_gulai_batang_keladi
Gulai lemak batang keladi dengan ikan bilis tamban....sikit punya panjang nama. Satu lagi masakan yang jarang dah orang masak, selain berprofile tinggi (sebab masak lemak and opkos guna santan), sayur batang keladi ni pun kalau nasib kita tak berapa nak baik, dapat yang gatal merenyam, walaupun dah celur letak asam gelugor bagai. Mat pernah gak kena macam tu, mula2 ok, dah siap masak, ambik sikit dan rasa, sekali dia punya meretip, sampai ke bibir ikut gatal sama, rasa tebal semacam dah. Habis tu apa mo bikin lagi, kasi buang lah. Dahh rugi. Tapi yang ni alhamdulillah, elok, tak gatal dan sungguh selesa bila dimakan. Kali ni mat guna ikan bilis tamban, terpulang samada anda nak guna tulang ikan masin kurau, ikan kembong rebus atau ikan bilis. Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket batang keladi yang siap dibersihkan (boleh beli di pasar tani atau pasar basah)
1 genggam ikan bilis tamban, buang sisik, rendam dan buang tulang tengahnya
2 batang serai, dititik
1 liter santan cair
300 ml pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
25 biji cili padi kampung

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Celur batang keladi tadi dalam air mendidih yang dicampur asam gelugor, jika gunakan isi keladi, rebus dulu isi keladi sampai empuk, baru masukkan batangnya, rebus sekejap dan toskan. Ketepikan.
  2. Dalam periuk masukkan bahan kisar halus, asam gelugor, ikan bilis tamban dan serai titik. Kacau rata, tuang santan cair dan masak hingga mendidih. Masukkan batang keladi dan ubinya (jika ada). Kacau perlahan dan masak sekejap.
  3. Tuang pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak dengan api sederhana hingga mendidih dan dikacau selalu. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...

5 comments:

  1. aduiiii kenyang jadi lapar balik tenguk lemak batang keladi ni uwaaa

    ReplyDelete
  2. mesti bibir CMG seksi pas kena batang keladi tukan... lepas tukan, nasib baik CMG yang kena dulu masa rasa, kalu satu rumah kena??? parah!!

    ReplyDelete
  3. Salam cm..best ni masak lemak btg keladi..lma nya dh mkn..mmg btul lh cm kn...kadang nasib baik x kena yg gatai..kalau kena paksa buang..tapi ada satu keladi ni mmg femes kat kuching,keladi thailand namanya..mmg best sgt cm..msak apa2 pun sedap,mmg jenis keladi yg high kelas sikit..buah pun besar..harga x lh mahal...sedap tau..klau blik kpg kite mmg mintak mil belikn keladi tu dan bawak blik kl..heee..pjg bebeno komen ni ha.:-)

    ReplyDelete
  4. Waduh tu la maat..akak sampai la nih takut nk mamam batang keladi sbb masa kecik dulu pernah kena keladi gatal..rasa mcm nk mati dah dia punya merenyam x hengatt..adehhh!! selalu kalu nmpak kt kedai makan..jeling2 jer laa..ngerisss takut terkena lagi woo!!

    ReplyDelete
  5. "Gulai lemak batang keladi
    Di masak bersama ikan tamban
    Oh no.. no lemak lemak for me
    Takut kolesterol i tinggi gaban

    Cik Milah pergi ke pekan
    Membawa kuih untuk dijaja
    Mesti Mat kata, tak siapa suruh lu makan
    Gua suruh lu tengok gambarnya saja"


    Ewahhh... jawab Mat jawab.....

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.