BEN ASHAARI

Friday, January 18, 2013

FRESH FRUIT TART...TAT BUAH2AN SEGAR...

rsz_fruit_tart

Hari ni mat buat fresh fruit tart atau tat buah2an segar. Tat shell mat buat semalam. Lepas bakar, kita kasi sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara. Sebab mat takde pengalaman buat dan simpan tart shell, maka dengan mat call geng masak2, MamaFami dan bertanyakan pasal benda ni, kata Mama, tat shell tu boleh tahan lama, kurang lebih 1 bulan, tanpa disimpan dalam peti sejuk. Tapi yang ni mat buat dalam 22 biji saja. Banyak atau sikit bergantung pada siaz acuan yang anda gunakan. Kalau anda perhatikan, fruit tart biasanya perlu da kombinasi 3 warna trafficlight untuk menjadikannya berseri. Kuning, merah dan hijau memang warna yang ngam. Pilihan buan2an segar yang seperti anda tau, selalunya stoberi, kiwi dan buah peach. Tapi ini semua bergantung pada anda sendiri untuk guna apa jenis buah2an sekali pun, tapi yang penting jangan pilih buah2an yang mengeluarkan banyak air, sebagai contoh tembikai, kecuali jika fruit tart anda dimakan dengan cepat....

rsz_fruit_tart1

Cara menyusun terpulang pada krestiviti masing2. Mat suka sapu sedikit piping jelly atas permukaan buah2 tadi dan lepas tu tabur sedikit Croquant sebagai hiasan. Apa croquant tu?...Mat pernah baca dalam satu artikel di majalah, croquant ialah bertih jagung dikisar kasar. Kalau takde, takperlu letak, kalau nak letak juga boleh ganti dengan kepingan badam atau flake almond, anda panggang hingga wangi kemudian ramas hancur dan guna untuk tabur tepi2 fruit tat tadi. Satu lagi, dasar kulit tart tu mat sapu dengan coklat cair, tujuannya untuk mengelakkan kastard terkena kulit tart dan menyebabkan ia lemau atau jadi lembap. Sebelum kita lihat resipi, nak kasi tau sikit, bagi penggemar gadget IT, mungkin yang ini untuk anda...mesti teruja punya lah!!...


BAHAN KULIT TART :-)
150 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)
25 gram gula aising, diayak
70 gram mentega sejuk, didadu kecil
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
1 cawan susu segar
1 1/2 camca besar tepung kastard
1 1/2 camca besar gula halus
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Buah starwberry segar secukupnya
Buah kiwi secukupnya, hiris
Sedikit coklat susu, dicairkan (cooking chocolate also can lah!)
Piping jelly
Croquant secukupnya (bertih jagung kisar)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KULIT TART :- Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk hingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti, guna hujung jari saja. Tuang esen vanilla dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Rehatkan sekejap. Sediakan acuan tart, ambil doh tadi sebesar duti 20 sen dan tekan dalam acuan tat dan bentukkan mengikut acuan tadi dan kemaskan. Buat hingga siap, cucuk sikit degan garfu pada dasar doh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Biar sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.
  2. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla, dalam periuk. Kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga kastard pekat, kacau selalu. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata dan ketepikan sebentar, biar sejuk sedikit.
  3. UNTUK FRESH FRUIT TART :- Buah strawberry dipotong 2 atau ikut saiz kulit tart, begitu juga buah kiwi. Ambil satu kulit tart, sapu sedikit coklat cair pada dasarnya, kemudian sudukan kastard 1/2 penuh. Susun buah strawberry dan kiwi tadi. Beruskan dengan sedikit piping jelly pada permukaan buah dan tepi kulit tart. Berhati2 tabur croquant disekeliling tart. Buat kaedah sama untuk baki kulit tart dan buah2an segar tadi. Boleh hidangkan. Sesuai untuk majlis formal atau santai. Boleh juga disimpan dalam peti sejuk.
CATATAN MAT GEBU :- Tujuan menyapu coklat cair ialah bagi mengelakkan kulit tart menjadi lemau terkena kastard dan jus dari buah2an segar tadi.

12 comments:

JIJI YU said...

ada yang tanya nak beli tuan blog tu camne..hah..mampos den..hahhaa

marr said...

CMg, nk tanya. tart shell kalu tak taruk telor tak leh ye... keras ke? kalu ganti susu boleh?

Salami Simon said...

Comelnya tart! Che Mat... minta halal ye pinjam resepi Telur Cencaluk Berserai. Terima kasih banyak...

suraya said...

salam en. Mat..
mohon copy resepi ye..

_suraya

Norhaida said...

Sangat comel dan nampak sedap!akan dicuba..insyaAllah..;)

rinduan citarasa said...

Baru tauuu. 3 warna utama y mmg menaikkan seri tart buahan.


Thanks mat.. Ko mmg kreatifff.

22 biji klu dok depan umai. 5biji leh abis. Tapi dia korek isi jerlah.

Muahhahaha

faa.rosli said...

sedap sedap sedap!

FaiselMY said...

C.mat, nk tye kalo kita isi sapu coklat cair tu pd tart shell dia akan mpengaruhi rasa tart tu x nti? Sy slalu kna bkar 2kali, yg kali kedua tu sapu ptih telur pastu bkr nk seal dia la kononnya.. Tp leceh

Amir Aiman Akashah said...

memang sedap2 gambar dalam blog abg mat gebu nih....rasa lapaq pula pepagi ann kehujanan nih

Ina, Sue, Pid & Zura said...

selalu buat kulit tart ikut resipi abg mat dkt myresipi... lain cara abg mat buat kulit dia. mana lebih baik? sbb ikut resipi sblum ni ramai yg suka makan. nak try yg ni tapi takut rasa dia lain... tp resipi2 abg mat semua mmg awsome...

nor alyaali said...

Sedapnye nmpk..mohon nk salin resepi n tag pic ley x?

nor alyaali said...

Sedapnye nmpk..mohon nk salin resepi n tag pic ley x?