BEN ASHAARI

Monday, January 14, 2013

DAGING MASAK SOS LADA HITAM.

rsz_black_pepper_beef1
Lama tak masak black pepper beef, eh terhenggeris pulak, tukar2 pada kata melayu pulak.,daging masak lada hitam...atau lebih tepat daging masak sos lada hitam. Sebab mat guna sos lada hitam. Sebelum nak sentuh pasal entri hari ni, nak cerita sikit. Tadi mat masuk blog masakan yang anda sendiri pun tau, kepakaran beliau kan. Dan  pada mereka2 yang ingat jadi blogger masakan ni senang. Cuma perlu masak, cedok, letak lebih kurang dalam mangkuk...lepas tu ambik gambar dan letak kat blog, tulis lah benda merepek2 sikit...publish....lepas tu ada pulak 'biawak' liar senang2 curi hasil kami dan buat macam mak pak dia punya. Contoh macam Puan Azlita, gambar2 dia ambik cantik dan berseni, tapi bukan mudah untuk menghasilkannya, boleh baca nukilan beliau di sini. Dan...daging masak sos lada hitam ni takde apa nak cerita sangat, cuma perlu masak seperti biasa jee..macam mana pulaklah seperti biasa tu..che mat oiiii!!...alaaa macam biasa...macam kat bawah ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan*
2 ulas bawang putih, tumbuk halus*
1/2 inci halia, tumbuk halus*(*disatukan dan perap sekejap)
10 kuntum cedawan butang, belah 2 setiap 1
4 - 5 camca besar sos lada hitam (mat guna jenama Puteri)
1 camca besar kicap cair
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 pokok daun bawang dikerat pendek
1/2 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum. Masukkan daging dan goreng sekejap. Tambah sos lada hitam dan kicap cair. Kacau rata dan biar daging mesra dengan bahan2 tadi. Tuang air dan masak hingga daging empuk, guna api kecil.
  2. Bila pekat, masukkan bawang besar dan jika kurang masin, boleh tambah sedikit lagi kicap cair. Akhir sekali masukkan batang bawang,kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain..


9 comments:

Nur-nba said...

Memang kagum dengan blogger masakan yang rajin macam Cik Mat dan Kak Azlita.. Memang tak faham kenapa ada yang suka mengambil kesempatan atas penat lelah kalian..

Mat Gebu said...

@ Nur-nba - terima kasih, huhu tu lah kan cikgu, mereka ni kadang2 tak boleh nak fikir ke penat lelah orang, tau ambik jee...huhu...

Shasha Mohamed said...

Takperlah Cik Mat kan, kalau orang curi hak kita, kata guru quran saya, itu dikira sedekah.
Bersabar lah Cik Mat, tuhan maha adil.

laskar pelangi said...

yummyyyyy!harus tambah nasi....Sedapnyaaaa...

gadisBunga™ said...

biawak macam tu kene kasi panggang je!

faa.rosli said...

tu belum amek kira lagi kaum keluarga yg sibuk menunggu nak ngap sambil cakap "bilaa laa kakak nak abis tangkap gambar makanan ni..laparrrr"

hehe..nyway ni pon salah 1 fevret family faa..

Delima Zamrud said...

Fuhhh terliur tgk pic daging masak lada hitam nie huhuhu terus lapo, Thanks CMG kongsi resepi :D..

NenetPenne (NP) said...

kalau orang tu menipu dan amik hasil orang, lama2 orang akan tahu jugak... tengok je selama mana dia boleh menipu...

sabarlah yer...

Husna Ghani said...

Sedapnye...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.