BEN ASHAARI

Sunday, January 13, 2013

BILA SI LABU TERJUN TANPA SI LUNCAI.....

rsz_masak_lemak_labu_dgn_pucuk_paku_perak
Salam hujung minggu semua. Ke mana anda hari ni?. Ada yang menghabiskan hujung minggu di rumah bersama keluarga masing2 dan sambil tu masak2. Mat hari ni masak yang amat2 mudah. Ikut apa yang orang lain nak makan. Pagi tadi beli pucuk paku perak, dan kasi masak lemak sama labu. Kalau tu hari masak dengan pucuk paku merah, tapi ni kali guna pucuk paku hijau pulak. Seperti anda sedia maklum, menu macam ni cukup ringkas, ada sambal belacan, ikan goreng atau ikan masih, sudah cukup sangat. Makan dengan nasi hangat. Bila masak lemak, ada rahsia untuk mendapar rahsia yang sedap. Selain rencahnya, santan kelapa main peranan amat besar. Tapi kalau guna santan segera atau kotak bukan tak boleh, cuma rasa dia memang banyak bezanya. Ok lah kalau nak ikutkan resipi macam ini, tak payah tulis pun takpe, dah kerap letak..cuma sebagai tradisinya ada gambar ada resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ikat pucuk paku perak
1/2 biji labu saiz sederhana
1 genggam udang kering, rendam sekejap
2 batang serai, dititik
1 camca teh lada hitam, ditumbuk halus
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
1/3 camca teh serbuk kunyit
1 biji bawang besar, hiris kasar
4 ulas bawang putih, diketuk
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Siang pucuk paku, cuci dan toskan. Labu dikupas kulitnya, dan dipotong kiub, cuci dan toskan. Udang kering ditumbuk hancur. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, masukkan labu, hirisan bawang besar, bawang putih, serai titik dan udang kering. Tuang santan cair dan masak hingga mendidih. Biar hingga labu 1/2 empuk. Tambah serbuk kunyit dan lada hitam tumbuk. Kacau rata.
  3. Masukkan pucuk paku kacau dan tuang pati santan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama sambal belacan dan ikan masin atau ikan goreng...


6 comments:

Merah said...

Orang baru... :)
suka sgt blog ni..

j.e.h.a.n. said...

aduhhh..oh labu favourite ku =) terus berdangdut perut ni..hehee

faa.rosli said...

ouh sedapnya! fevret! fevret! fevret!

azieazah said...

Labu dengan Sambal Belacan, Che Mat? Perhhhh!

Chinta Safia said...

sedapnyer..kalau di makan bersama sambal belacan..memang meletopp

Awek Sakti yang Chumel..... said...

Salam.. sy selalu menjadi pemerhati resepi che mat.. memey terbaik... selalu gak rujuk2 kat sini bila nak carik resepi thank che mat gebu..

awek sakti yang chumel:)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.