AYAM TANDOORI 'SEGERA'...

rsz_ayam_tandoori
Assalammualaikum, salam Jumaat yang mulia. Dah lunch?, makan apa ni hari?...Untuk hari ni mat masak ayam tandoori. Semalam tiba2 rasa macam nak buat ayam tandoori. Tapi yang ni jenis segera....err..segera tu bukan lah beli yang dah siap masak, tapi mat guna perencah segera jenama TESCO. Saja nak test, dan ok lah, not bad..sedap lah senang cerita. Tapi mat tambah sedikit bahan lain, tak banyak, cuma mat letak sedikit lagi halia kisar dan beberapa titik pewarna merah makanan. Saja nak kasi kaler dia lagi menawan. Untuk ayam ini anda boleh bakar dalam oven, tau atas bara api untuk lebih asli. Tapi mat, seperti biasa bakar dalam kuali ajaib...nasib baik lepas bakar ayam tu tak jadi benda lain, nama pum kuali ajaib kan. Mat buat dalam 4 keping bahagian peha ayam bersaiz besar. Kulit ayam mat tak buang, sebab pada pendapat mat, bila kulit ayam kita buang, isi ayam akan jadi cepat kering bila dibakar....masa nak makan baru kita buang. Ok resipi amat2 mudah, dan anda boleh siapkan awal2 untuk mendapar rasa yang lebih sedap...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 kepingan peha ayam bersaiz besar
1 paket perencah ayam tandoori jenama TESCO
4 camca besar plain yogurt
1 camca besar halia yang dikisar halus
Beberapa titik pewarna merah makanan
Minyak sapi untuk mengoles ayam sebelum dibakar
Daun salad, untuk hiasan
Sedikit hirisan bawang besar
Belahan limau nipis, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dicuci bersih, perap dengan sedikit tepung gandum selama 10 minit, kemudian cuci kembali dan toskan hingga kering. Longgarkan bahagian kulit ayam tadi dan cucuk bahagian isi ayam dengan garfu. Ketepikan.
  2. Satukan perencah ayam tandoori dengan yogurt, halia kisar dan pewarna merah. Kacau hingga semua sebati. Masukkan ayam dan gaul rata. Lumurkan pada bahagain daging ayam tadi. Perap 1 - 2 jam (mat perap semalaman), dalam peti sejuk.
  3. Panaskan oven pada suhu 200C, letak ayam tadi dalam bekas tahan panas, oles sedikit minyak sapi pada seluruh bahagian ayam. Bakar 40 minit atau hingga masak. Selepas 20 minit, keluar dan terbalikkan ayam tadi. Sambung bakar hingga masak dan boleh hidangkan..
CATATAN MAT GEBU :- Mat bakar dalam kuali ajaib dan tak mengambil masa kurang lebih 20 - 25 minit sahaja untuk masak. Ini kerana kuali tadi betutup dan proses memasak lebih cepat. Isinya pun lembap dan tidak kering. Jika dibakar atas bara api, oleskan lebihan bahan pemerap atasnya sambil dibalik2kan.....Selamat mencuba!!..

Post a Comment

12 Comments

  1. Sedap nye... nk cuba lah.kalau guna oven, nk setting panas atas n bawah ke? atau nk setting kipas sekali.

    ReplyDelete
  2. Gulppp...sambil telan air liurrr...

    ReplyDelete
  3. mak ai...rajinnye msk mat gebu!!

    ReplyDelete
  4. aduhai...senang je rupanya....ni rasa nak buat ni..

    ReplyDelete
  5. kena cuba ni...emmm...sdp...thnks for sharing

    ReplyDelete
  6. kena cuba ni...emmm...sdp...thnks for sharing

    ReplyDelete
  7. Nampak cantik dan menyelerakan...selama nih sy buat perap ngan yogurt n serbuk segera tandori...boley cuba letak halia n pewarna merah pulak laaa

    ReplyDelete
  8. Wah! Nampak mudah dan sedap. Suka suka suka! :)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.