BEN ASHAARI

Tuesday, January 29, 2013

ASAM KARI ORANG 'NYONYA'..

rsz_kari_asam_nyonya
Masak asam kari pulak. Ini antara masakan yang agak unik, macam asam pedas tapi rasa ada macam kari, sebab guna rempah kari. Selalunya cm guna ikan pari kalau nak masak macam ni. Ada kemungkinan bukan semua orang akan menggemarinya. Takpe, berkongsi apa yang kita masak, kita suka tak semestinya memaksa untuk orang lain suka. Sekadar memperlihatkan pada umun yang satu2 masakan yang mereka tak terfikir itu wujud dan menjadi identiti satu2 kaum. Cm guna kurang lebih 600 gram ikan pari. Satu yang perlu anda ambil perhatian, ikan pari ada juga yang kadang kala keras, jadi kebiasaannya cm akan beli ikan pari daun. Kalau anda nak guna ikan pari saiz kecil atau dipanggil ikan pari tuka juga boleh. Perlu diingatkan ikan pari ada masa akan berbau amonia (atau istilah biasa, berbau hancing), dan cm akan bau dulu ikan pari untuk memastikan tiada bau yang boleh memengsankan terutama setelah masakan anda siap...Selain ikan pari, boleh guna ikan tenggiri, kembong dan apa saja jenis ikan berdaging pilihan anda...

LEMAK MANIS KUIH KASTURI,
DUDUK MAKAN SAMA CIK NANI,
IKAN PARI MASAK ASAM KARI,
JADI HIDANGAN TENGAH HARI INI.

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram ikan pari, cuci bersih dan toskan
1 biji terung kari, kupas, potong 6 dan rendam
1 biji tomato, belah 4
2 batang serai, dititik
1 genggam daun kesom
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
1 camca besar pes asam jawa
1 1/2 camca besar rempah kari ikan
1 1/2 senduk nasi cili kisar
1 kiub ikan bilis (optional)
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras, hiris
1/2 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
Sedikit hirisan lengkuas

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai dan bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan rempah kari, kacau rata dan jika perlu tuang sedikit air. Masak hingga garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. 
  2. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air. Kacau dan biar mendidih. Masuk ikan pari, bunga kantan dan daun kesom, kalau kurang kuah boleh tambah sedikit air lagi.
  3. Tambah terung, kiub ikan bilis (jika guna), garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau rata dan biar mendidih pada api sederhana hingga terung lembut dan ikan masak. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ulam-ulaman..

6 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

hehehehe.. terkejut sekejap baca tajuk tadi.. hehe..

Asam pedas pari tetap di hati dulu, kini dan selamanya.. pernah makan ikan pari di kedai ada bau tu, perh! nasib baik tak pengsan!

aDisH.sHidA said...

tak prnah makan ikan pari..tp kalau masak mcm berkuah mcm nie biasa la akan makan kuah nye aje..hehee..


telan air liur je nie...

aDisH.sHidA said...

tak prnah makan ikan pari..tp kalau masak mcm berkuah mcm nie biasa la akan makan kuah nye aje..hehee..


telan air liur je nie...

Kakzakie said...

Sah.. sedap. Rumah kakak ada ikan pari baru beli nak cubalah kalau rajin. Tapi bunga kantan tak adalah. Tak apalah kakak nak buat tanpa bunga kantan.

bita said...

Terima kasih atas perkongsian ilmu di dapur tanpa sempadan ini. Dapat saya belajar aneka resipi.

cik muntel said...

Sedap ni...