BEN ASHAARI

Sunday, December 30, 2012

LAKSA JOHOR....TAK SUDAH..SUDAH!!..

rsz_johor_laksa

Ketagih Laksa Johor?..Hahaha, takde lah, cuma mat rasa ia satu hidangan 'pusaka' orang2 Johor dan sewajarnya dipelihara. Mat buat untuk merai tetamu yang datang, geng2 PML. Pada mat resipi tradisi dilupa jangan, walaupun dari segi bahan2 ia agak berprofile tinggi dan "membunuh", tapi masih tetap menjadi pilihan. Apa2 benda dalam dunia ni pun waimah benda yang menyihatkan kalau dimakan terover the limit, tetap mendatangkan masalah. Kenapa laksa Johor saja sejak2 ni?... Ntah, yang pasti 'seruan' yang datang ialah laksa Johor, jadi mat hanya melaksanakannya. Kalau yang belum pernah rasa, cuba test makan, atau kalau rajin, anda boleh buat...Insha Allah pasti anda jatuh cinta lepas tu....

rsz_johor_laksa1

Satu petua menu2 tradisi ni, anda tak boleh lokek bahan kalau nak dapat hasil yang sedap, dan paling utama kena guna bahan2 yang segar. Laksa Johor seperti yang mat pernah tulis dalam entri lepas, ia menggunakan isi ikan kembong (kalau ori punya, guna ikan parang), udang segar, udang kering dan isi ikan kurau masin, empat bahan ini yang menjadikan laksa Johor amat2 istimewa. Dimakan bersama spaghetti dan ulam2man, tak lupa 'ibu' dia, sambal belacan. Cara hirisan bahan2 juga harus berhalus. Rasa mat resipi macam tak perlu, sebab mat tetap guna resipi yang sama. Ada juga yang tanya, kalau takde ikan kembong, boleh ganti dengan ikan apa?.. Ikan selayang juga sedap, kalau dah darurat sangat, guna ikan tongkol pun boleh.....Ehh...nak resipi juga ke?....Kejap yeaa mat kopipes (tapi gambar baru punya....)


BAHAN-BAHAN KUAH LAKSA :-)
1 kg ikan kembong (kalau guna ikan parang lagi sedap)
4 - 5 camca besar udang kering, rendam
300 gram isi udang
Isi ikan kurau masin (2 inci x 2 inci), rendam
4 keping asam gelugor
1/2 inci lengkuas, dititik
1200 ml santan kelapa
1 1/2 camca besar kerisik
2 - 3 camca besar cili kisar
3 kuntum bunga kantan, belah dua
1 genggam daun kesom
1 genggam daun selasih
2 1/2 camca besar rempah kari ikan
1 camca besar serbuk ketumbar
1 camca besar serbuk jintan manis
Garam dan gula secukup rasa (mat guna gula melaka)

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji bawang besar
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Spaghetti secukupnya, direbus, tos dan gaul dengan sedikit minyak
Hirisan halus timun
Hirisan bawang besar
Hirisan daun kesom, daun selasih dan bunga kantan
Hirisan kacang panjang @ kacang buncis
Taugeh secukupnya
Sambal belacan
Belahan limau kasturi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH LAKSA :- Ikan kembong, direbus, asingkan isi dan tulang, tumbuk isi ikan tadi, tulang2 ikan dikisar dan tapis. Udang dikupas kulitnya, celur dan kisar isi udang hingga halus, udang kering dikisar halus bersama isi ikan kurau masin tadi. Bancuh rempah kari, ketumbar serbuk, jintan manis serbuk bersama bahan kisar halus. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis cili kisar hingga harum, masukkan bancuhan rempah dan bahan kisar tadi dan masak hingga terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tuang air rebusan ikan, stok tulang ikan dan juga air rebusan udang tadi. Kacau rata dan bila mendidih, masukkan isi ikan kembong, udang, udang kering + ikan kurau dan asam gelugor. Kacau rata.
  3. Tuang santan dan masak hingga mendidih. Tambah kerisik, bunga kantan, daun kesom dan daun selasih, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api kecil hingga kuah laksa pekat sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. UNTUK LAKSA JOHORE :- Letakkan spaghetti secukupnya dalam pinggan sesuai, tuang kuah laksa atasnya (lebih sikit baru sedap). Tambah bahan2 lain secukupnya dan sudukan sambal belacan, letak belahan limau kasturi dan hidangkan.....Jangan lupa tambah ok kalau tak cukup..
CATATAN MAT GEBU :- Kebiasaannya, orang Johor akan "chap" atau gulung spaghetti tadi membentuk seakan2 sanggul. Untuk sambal belacan tu mat guna cili merah + cili padi + belacan bakar + secubit garam dan gula....Selamat mencuba semua..

18 comments:

Steffany Daph said...

Aaaaa...sedapp :DD laksa johor sukaaa..

adda syuhada said...

sedapnya laksa johor...ada plk smbal belacan..fuhhh...

suri solehah said...

Pengalaman pertama kali makan laksa johor ketika mengandung anak pertama,,,sehingga mengandung ke6,,,saya tetap merindui laksa johor...tapi di langkawi ni mmg tak pernah nampak dijual...

faa.rosli said...

sedapnya....dah lama tak mkan..kakak sedara faa yg pandai buat..faa tak pandai...hehe..nak kene belajar ni..

Novelgurl said...

Fuh~ kecur air liuq..hehe.

akuanakpahang said...

Kat Pahang nie payah nak jumpa :( Jom Singgah, Citra Nukilan Sekadar Perkongsian" AKU ANAK PAHANG "

Ana said...

2001-2005 saya bekerja di Kluang, Johor. Byk jugak makanan org Johor yg saya suka esp Laksa Johor ni, tp dulu malas memasak, so x berminat pun nk belajar buat w'pun tuan rumah yg saya sewa tu berniaga laksa johor ni. Skrg nyesal....

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

tak mungkin hilang cintaku terhadapmu.... Laksa Johor

mUm_tAz said...

Pak cik mat, kalo x letak udang boleh tak? kita alahan dengan udang la,

mie said...

sedap ni..
dah la laksa johor susah nak jumpa...
sedap dengan sambal belacan tu..
ehehehe

Myra Jay said...

Salah satu menu peberet ni..

Dulu tak reti makan, tp sekarang peberet :D

anis hayati said...

dulu mase first time rase,xwape nak telan...tp dsebabkan rase tu sy mengidam n now, sy peminat setiap laksa johor..ahahak..

Eyriqazz said...

Fuhh,menggiurkan time tak boleh tidur lagi ni...4am....besok kami terjah rumah matgebu ya...

INTAN said...

Salam CMG

Kita pun tengah antu laksa johor ni..mak kite dtg dr kampung dalam sebulan ade dua kali..dua2 kali kite import laksa johor sekali..hehehe..

Ummi Syafiq said...

Salam CM,bahannya banyak berbanding laksa penang kan? Walau penggemar laksa johor sy tak pernah cuba buat. Risau x sedap. Tq share resepi. Semua bhn dah ada... Hrp berjaya sy buat menu ni.tq cm

hana said...

mattt lagi satu jgn lupa timun gulung! ai very very lap laksa johor! arghhh aku pon tak suka ko wat iklan gini... huh! mencik

aDisH.sHidA said...

nak jugak laksa johor nie bila org kedah p sedenak

nur aisyah asteria abdullah said...

mmg best laksa johor ni.. cik hubby cakap laksa johor ni "berhantu" heheh... tiap2 raya ke, birthday ahli keluarga ke, mesti masak laksa johor ni..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.