LAKSA JOHOR , ADA SEJARAHNYA..

rsz_laksa_johor
Laksa Johore, salah satu laksa yang popular di Malaysia. Ianya penuh sejarah dan ada 'identiti' tersendiri. Rasa mat di Malaysia ni hanya laksa Johore saja yang menggunakan spaghetti sebagai "mi" laksa. Mengikut cerita orang2 dulu kala, sebab laksa Johor ber 'mi' kan spaghetti, kerana isteri Sultan Johore pada waktu itu ialah wanita Inggeris, maka ia telah di fusionkan. Berkuahkan gaya orang melayu tapi dimakan bersama spaghetti dan kalau ikut style orang2 Johore, makan laksa dengan tangan, jangan tak caya. Satu lagi, kalau ikut secara tradisinya, laksa Johor menggunakan isi ikan parang yang dibakar. Lecehkan, macam kata Kak Azura, seorang teman mat yang begitu pure Johor, kalau orang dulu nak buat laksa Johor ambil masa 2 hari, sehari untuk mengasingkan isi ikan parang dan sehari lagi sesi memasak kuah laksa (mungkin dalam jumlah yang banyak)..Tapi mat guna ikan kembong saja dan juga bahan2 lain.

rsz_laksa_johor1
Walaupun laksa Johor menggunakan santan, tapi ia agak seimbang bila disajikan dengan ulaman2 segar. Sambal belacan wajib dihidangkan bersama laksa Johor. Kuah laksa Johor agak meriah dan mewah. Penggunaan isi ikan kembong/parang, udang segar, udang kering dan isi ikan masin kurau memberi rasa yang begitu kaya. Satu lagi jika kuahnya tidak habis, anda boleh masak dengan api kecil dan dikacau selalu hingga kering dan jadilah serunding. Resipi mat masih gunakan yang sama macam dulu...jadi mat copypaste je lah...Jommm..

BAHAN-BAHAN KUAH LAKSA :-)
1 kg ikan kembong (kalau guna ikan parang lagi sedap)
4 - 5 camca besar udang kering, rendam
300 gram isi udang
Isi ikan kurau masin (2 inci x 2 inci), rendam
4 keping asam gelugor
1/2 inci lengkuas, dititik
1200 ml santan kelapa
1 1/2 camca besar kerisik
2 - 3 camca besar cili kisar
3 kuntum bunga kantan, belah dua
1 genggam daun kesom
1 genggam daun selasih
2 1/2 camca besar rempah kari ikan
1 camca besar serbuk ketumbar
1 camca besar serbuk jintan manis
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji bawang besar
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Spaghetti secukupnya, direbus, tos dan gaul dengan sedikit minyak
Hirisan halus timun
Hirisan bawang besar
Hirisan daun kesom, daun selasih dan bunga kantan
Hirisan kacang panjang @ kacang buncis
Taugeh secukupnya
Sambal belacan
Belahan limau kasturi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH LAKSA :- Ikan kembong, direbus, asingkan isi dan tulang, tumbuk isi ikan tadi, tulang2 ikan dikisar dan tapis. Udang dikupas kulitnya, celur dan kisar isi udang hingga halus, udang kering dikisar halus bersama isi ikan kurau masin tadi. Bancuh rempah kari, ketumbar serbuk, jintan manis serbuk bersama bahan kisar halus. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis cili kisar hingga harum, masukkan bancuhan rempah dan bahan kisar tadi dan masak hingga terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tuang air rebusan ikan, stok tulang ikan dan juga air rebusan udang tadi. Kacau rata dan bila mendidih, masukkan isi ikan kembong, udang, udang kering + ikan kurau dan asam gelugor. Kacau rata.
  3. Tuang santan dan masak hingga mendidih. Tambah kerisik, bunga kantan, daun kesom dan daun selasih, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api kecil hingga kuah laksa pekat sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. UNTUK LAKSA JOHORE :- Letakkan spaghetti secukupnya dalam pinggan sesuai, tuang kuah laksa atasnya (lebih sikit baru sedap). Tambah bahan2 lain secukupnya dan sudukan sambal belacan, letak belahan limau kasturi dan hidangkan.....Jangan lupa tambah ok kalau tak cukup..
CATATAN MAT GEBU :- Kebiasaannya, orang Johor akan "chap" atau gulung spaghetti tadi membentuk seakan2 sanggul. Untuk sambal belacan tu mat guna cili merah + cili padi + belacan bakar + secubit garam dan gula....Selamat mencuba semua..

Post a Comment

17 Comments

  1. Laksa Johor memang sedap, suka makan tapi tak tau masak...

    ReplyDelete
  2. Laksa johor klu mkn gne sudu garpu peliklaaa..lg sedap gne tangan je

    ReplyDelete
  3. laksa johor mmg superb! cara mkn ngn tgn tuh lebih kurang gaya Klate jer...

    ReplyDelete
  4. Patutlah mak saya kalau masak laksa Johor, mesti nak gunakan ikan parang. Mengikut kata cerita mak saya, dulu-dulu masa belum ada blender, semua bahan perlu digiling, banyaklah kerja. Jadi, bila masak laksa Johor, akan dimakan berhari-hari.

    ReplyDelete
  5. Menyelerakan! Juling kejap mata tengok set vintage tuh. :)

    ReplyDelete
  6. salam CMG, pecah liur dibuatnya..waduh..

    ReplyDelete
  7. salam..suami suka laksa johor..blh cuba resepi ni..

    ReplyDelete
  8. Subhanallah, halusnya hirisan ulam-ulaman tu, kalah anak dara yang buat, maluuuuuuuuuuuuu i..

    ReplyDelete
  9. salam mat... aku dah cuci tangan neh.... bg sepiyuk pon aku suker! hahaa... laksa johor terbaekkkkk

    ReplyDelete
  10. SAlam CMG..aritu mak baru je ubatkan..sedaapppp!!!!!tapi org mkn dgn sudu gak..sebb nk hirup kuahnya yg lazat lagi menyelerakan tu..:)

    ReplyDelete
  11. ehhh!! samalah mat! orang Terengganu pun makan laksa lemak (laksa kuah putih) guna tangan juga tau... cuma org2 skrg je yang tak reti makan laksa guna tangan... kalau zaman mak & arwah ayah dulu memang gunakan tangan je... tak sangka org Johor pun sama ye...

    ReplyDelete
  12. Che Mat!

    I mmg peminat laksa johor walaupun i org utara hehehe. i was in Johor few days back....makan laksa johor few times...hehehheh.

    odw balik nampak signboard Sedenak, teringat kat Che MAt!

    I nak cuba your resepi nih.

    ReplyDelete
  13. Oh CMG,sedapnya laksa Johore,saya meme suka laksa ni w/pun org Klate. Dekat opis sya ada satu gerai jual laksa ni,sy selalu beli. Penah buat sekali tapi tak brape mengancam macam org Johor buat.

    ReplyDelete
  14. lAKSA JOHOR SUSAH NAK DAPAT YANG JOHOR.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.