BEN ASHAARI

Monday, December 10, 2012

GANDINGAN HEBAT DALAM SATU PEK OLEH 'MYCHEF'

rsz_pilaff_my_chef
Assalammualaikum, salam semua. Dah santap?..Kalau ikutkan macam malas nak masak hari ini, anda pulak macam mana?.. Mesti ada yang rasa malas nak masak. Nak2 yang bujang, lepas tu malas juga nak keluar rumah. Kalau macam tu apa kata kita cuba produk MyChef. Kali ni mat nak berkongsi dengan anda satu lagi makanan seimbang dari signature series MyChef dari Chef Zam. Beef stroganoff with brown rice pilaf. Dalam satu pek tersedia pilaf beras perang dan juga lauknya daging stroganoff. Beef stronganoff satu resipi yang berasal dari Russia sejak kurun ke-19, telah menjadi popular di seluruh dunia. Jika anda hendak rasa bagaimana keenakkan beef stroganoff bila dimakan bersama brown rice pilaf, boleh cuba produk MyChef yang begitu praktikal dan menyihatkan..Selain produk ini, ada lagi beberapa jenis dalam signature series dari chef2 yang lain pula, anda boleh lihat di sini...

rsz_pilaff_mychef2rsz_pilaff_mychef1
Pilaf beras perang yang anda nampak diatas tu cukup untuk seorang makan. Bau nasinya harum dan bila anda makan, terdapat rasa herba thyme dalamnya. Tapi tidak terlalu kuat, Nasi dimasak dengan elok. Walaupun didingin beku, tapi bila siap dipanaskan dalam microwave, ia tetap nampak seperti baru dimasak, lembut tapi tidak melekit. Beef stroganoff (gambar kanan) yang berkrim dan mungkin dimasak dengan sedikit mentega untuk mengekalkan rasa aslinya. Dagingnya lembut, kuahnya juga pekat. Mat rasa beef stroganoff ini juga sesuai kalau dimakan bersama pasta.

Bagi anda yang tiada microwave, produk MyChef juga boleh dipanaskan dalam kukus atau dalam kuali dengan api kecil dan dikacau selalu. Untuk produk yang mat kongsi ini lebih sesuai dikukus, memandangkan ada pilaf beras perang disertakan sekali. Jadi jangan lupa rasainya. Nikmati produk Malaysia yang bersih, sihat dan ditanggung Halal..kalau bukan kita siapa lagi nak beri sokongan. Di sini ada senarai pasaraya2 yang turut menjual produk ini. Jangan lupa dapatkan di pasaran!!!..

4 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

haaaaaaa.. Kak Sari pernah makan ni, sedap lagilah bab lauknya tu..

faa.rosli said...

memang menyenangkan..

Nur-nba said...

Nur pernah makan beberapa kali... Memang sedap dan sangat berpuas hati..

Watanabee said...

terima kasih En Mat...boleh kukus yekk...boleh la sy test lps ni...:D

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.