BEN ASHAARI

Monday, December 31, 2012

ASAM REBUS UBI KAYU 'TOK HASSAN'..

rsz_asam_rebus_ubi_kayu
Salam semua, resipi sebelum berakhir 2012, mat nak letak satu resipi yang penuh kenangan dan nostalgia. Pernah makan ubi kayu yang dimasak asam rebus bersama ikan masin?. Teringat arwah datuk che mat, Tok Hassan (al-fatihah). Arwah bila takde benda nak dimasak lauk, maka berusahalah beliau dengan apa2 bahan yang ada sekitar kawasan rumah, asal menjadi hidangan pelengkap untuk nasi. Asam rebus ubi kayu antara yang menjadi pilihan. Kalau dapat pilih ubi yang berkanji dan melekit sikit, lagi sedap. Macam mat guna ni jenis ubi kurang kanji, tapi empuk. Kebiasaannya guna ikan bilis, tapi mat ganti dengan tulang ikan masin kurau. Kalau suka pedas boleh tambah 5-6 biji cili padi. Resipi amat2 mudah main lebur saja, tak banyak hal punya...bersedia?.. Jommm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Ubi kayu secukupnya (kurang lebih 500 gram)
5 - 6 ketul tulang ikan masin kurau yang masih berdaging, rendam
1 helai daun kunyit, disiat
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
1 kiub ikan bilis (optional)

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
7 biji cili padi
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
Secubit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ubi kayu dibuang kulitnya, cuci bersih dan dipotong berbagi (atau ditokek2 untuk nampak lebih asli), kemudian rebus hingga empuk, letak secubit garam. Keluarkan ubi rebus dan air rebusan dibiarkan dalam periuk, tak perlu dibuang.
  2. Masukkan bahan2 kisar halus, tulang ikan masin kurau (toskan) dan asam gelugor ke dalam periuk berisi air rebusan ubi tadi. Jika perlu tambah sedikit air. Masak hingga mendidih dengan api sederhana. Kemudian masukkan ubi dan daun kunyit. Kacau rata.
  3. Tambah garam jika perlu dan sedikit gula. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain....


7 comments:

Kakzakie said...

Sah... memang kakak tak pernah rasa resepi ini. Ini buat kakak macam nak ke Sedenak aje rasa.

Selamat tahun baru dari kakak. Gurau-gurau selalu biar kita sama-sama awet muda hihi... agak-agak ada yg jeles tak nie?

Rozita abd rahman said...

sedap kan CMG... bila makan masa hujan2 lagi sedap... tapi kat sini dah banjir.. ubi pun payah nak cari...

Steffany Daph said...

kalo makan waktu petang mesti best (: nyumm33...

hotmasakini said...

nice blog..jemput folo http://hotmasakini.blogspot.com/

gadisBunga™ said...

dah la asam pedas, tambah pulak tulang ikan kurau masin.

meleleh!!!

hana said...

waaaa mattt otak ko mmg batu geliga! apesal ko tak post awal sket tadik! aku dah korbankan jadi ubi rebus ngan ubi sira atas meja aku tuh haaaa ado laieee.... ujan2 aku g cabut kat kedai mbah dollah! hahahahaa

Im happy being alone said...

cam sedap je..kena try ni..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.