BEN ASHAARI

Friday, November 30, 2012

SAMBAL GORENG CAMPUR KUPANG...

rsz_sambal_goreng_tempe
Salam semua, bz sikit hari ni, tapi nak juga update entri yang mudah2. Hari ni mat masak sambal goreng tapi letak kupang, atas permintaan Bak. Tapi sambal goreng biasa2 saja, jenis tak ikut law. Bahan2 pun setakat apa yang ada, tak kesah lah janji ada rasa sambal goreng. Kebiasaannya orang guna udang hidup, cuma kali ni atas permintaan, mat letak kupang. Guna kupang segar yang direbus dan diambil isinya. Rasa dia ada beza sikit dari letak udang. Kalau sebut sambal goreng mesti berkait rapat dengan mereka2 yang berketurunan jawa...err, macam che mat lah, tapi dia hybrid banyak, jawa + melayu+ peranakan all together, dah jadi rojak gitu, tok sedara kami pun ada gak yang keturunan bugis, muka merah2 dan kalau naik hangin, sungguh mengerikan, pendek kata kecut lah segala benda...erkk..hehe.. Ok resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping tempe, dadu dan goreng, toskan
1 biji kentang, kupas, didadu dan goreng, toskan
1 cawan isi kupang segar, dibersihkan
30 gram fucuk @ tauhu kering, potong kecil dan rendam
1/2 cekak soo hoon, kerat dan rendam
10 tangkai kacang buncis, hiris serong
3/4 camca teh pes asam jawa
1/2 inci belacan, dibancuh dengan 1 camca besar air
4 biji cili hijau, hiris
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan cili hijau hingga harum. Masukkan kupang dan goreng sebentar. Tambah belacan dan kacau rata dan masukkan tempe, fucuk (toskan) dan kentang. Tuang sedikit air dan biar mendidih, masak hingga fucuk lembut.
  2. Masukkan kacang buncis, gaul rata dan masak sekejap. Tuang jus asam jawa, kacau dan masukkan soo hoon (toskan), gaul rata dan masak hingga kering sedikit. Perasakan dengan garam secukupnya dan masukkan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...

9 comments:

mommynana said...

Salam CMG, kt ni pun gen campor2, belah ayah ade darah bugis, mak banjar, nenek keturunan cina. Masak pun gtu. Ade yg buh tempe, ade sup-sup, sambal dll. :D

adda syuhada said...

sedapnya...nk cuba gk la wat nanti..

Hasidah Bt Awang said...

Salam singgah c.mat..pecah liur tgk sambal goreng ni...boleh try buat ni..boleh le variasikan juadah..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

Mesti manis sbb letak kupang.aummm tergoda.suka ngan smbl goreng

marr said...

Tak pernah makan kupang.. tapi ni nampak menyelerakan... thanks for sharing

Mard Ewan said...

betul2 menarik ni.. sedapp

akuanakpahang said...

Salam CMG, kupang mmg best buat le macam manakan :)http://akuanakpahang.blogspot.com/

Kniedaz said...

Lama xjumpa kupang...wat sambal tumis pun sedap

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Cik Mat. Kak Sari kalu bab sambal goreng ni boleh habis sorang2, yg seronok rakyat jelata tak suka jadi kita boleh hadap sorang, hehehe.

Maaf ya tak dapat join gader2 semalam, apapun suka tengok semuanya berjalan lancar.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.