BEN ASHAARI

Friday, November 9, 2012

SAMBAL AYAM...ERRR...AYAM SAMBAL?...

rsz_sambal_ayam (1)
Sambal ayam, alah biasa je kan. Ha ah, tapi ada juga yang tak tau nak masak. Dan setiap orang mungkin berbeza gaya masakan mereka. Tapi resipi mat gebu sempoi, walaupun ada yang kata..."banyak gileerr bahan2 che mat guna!!"...alaaa nampak je banyak, tapi kalau dah kisar, jadi tak banyak. Sikit banyak rencah2 bergantung pada kuantiti bahan mentah utama yang kita gunakan. Kalau sambal, lebih sedikit 'sambal' dia, mat rasa tak mengapa, kalau isi habis, sambal tu boleh digunakan untuk buat masak benda lain, atau anda goreng ayam dan gaul dengan baki sambal tadi, ada yang kata re-cycle, tapi pada mat itu tak salah selagi sambal dia masih elok dan sedap. Kalau anda masak lebih, boleh juga disejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara, ala2 frozen food. Nak makan kasi panas dalam ketuhar mikro....resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam saiz sederhana, kerat ikut suka, cuci bersih dan toskan*
1 inci halia*
3 ulas bawang putih, tumbuk halus*(*disatukan dan perap 30 minit)
2 1/2 senduk makan cili kisar
2 batang serai, dititik
3/4 camca besar pes asam jawa (mat guna Adabi)
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
Garam dan gula secukup rasa
2 cawan air

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
4 biji buah keras, hiris
1 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis serai dan bahan kisar halus hingga harum. Tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing dan pecah minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan ayam yang telah diperap tadi, gaul rata dan biar ayam kecut. Tuang air, dan masak hingga pekat. Tambah pes asam jawa, sedikit garam dan gula. Kacau rata dan masak hingga sambal kering sedikit.
  3. Tambah bawang besar dan rasa, jika kurang masin, tambah garam lagi. Masak sekejap, dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti atau apa2 saja yang anda rasa sesuai..

3 comments:

eyeyou said...

kalu letak ayam biasanya sebut sambal ayam..
kalu letak udang, sebut sambal udang..
kalu ikut bahasa melayu, ayam sambal ekk..macam janggal jer nak sebut..

aNa d'sKoDenG said...

yer la..cam pisang grg ngan grg pisang...
best jer sebut grg pisang...

farahpingu said...

goreng pisang perbuatan.
pisang goreng sejenis makanan.