BEN ASHAARI

Saturday, November 17, 2012

PIZZA GEBU UNTUK ANAK2....

rsz_pizza_gebu

Salam Sabtu, jomm pizza...err tapi bukan pizza hut, cuma pizza mat gebu, alaaa pizza cikai je, bukan jenis ada kelas melas tu semua. Sebenarnya mat buat atas permintaan anak buah. Dia cerita kat bonda, kata nak suruh pak ucu (aku leer pak ucu tu...grrrr) buat pizza dan bonda sebagai orang tengah bila bersuara, kena lah buat...Gilaa nko nak membantah, kena sumpah jadi labu, sapa nak jawab. Jadi semalam mat laksanakan permintaan itu budak. Kesian pulak mat tengok, lagi pun buat pizza ni idok leer susah mana, yang penting base dia. Isi boleh ikut apa saja yang anda suka. Sos guna saja  sos tomato, tapi kalau nak authentic, kenalah buat sendiri. Keju mozarella antara bahan wajib kalau anda nak pizza anda bertali2. Tapi kena makan masa panas, kalau dah sejuk, takde dah tali2 tu semua...

rsz_pizza_gebu1
Kerap kali mat buat pizza dan mat tetap kekalkan resipi yang sama untuk base dia. Untuk resipi ini anda akan dapat 2 keping pizza berukuran 9 inci. Kalau anda suka jenis base dia nipis, kasi tekan lagi biar nipis, mungkin akan menghasilkan pizza 10 - 12 inci. Isi dia mat guna ikan tuna, dan ada nenas mat lambak kan juga, lepas tu kasi tambah traffic light capsicum dan sedikit bawang. Selain ikan tuna, sosej juga sesuai untuk topping pizza. Sedap dihidangkan panas bersama sos pilihan anda. Dah bersedia?.. Ok kita semak resipi pulak, jommm...

BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :-)
300 gram tepung gandum
6 gram yeast segera (mauripan)
10 gram gula halus
1 1/2 camca besar madu
1 camca teh bread improver
1/4 camca teh garam
170 ml air suam (dan lebih sedikit jika perlu)
20 gram mentega
Sedikit tepung untuk ditabur

BAHAN-BAHAN TOPPING :-)
Hirisan atau parutan keju mozarella secukupnya
2 tin ikan tuna, toskan
2 cawan nenas yang dipotong kecil
1 cawan traffic light capsicum yang didadu
Hirisan bawang besar secukupnya
Sos tomato secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH PIZZA :- Satukan tepung gandum, yeast, gula halus, bread improver dan garam dalam mangkuk adunan, putar sebati. Tuang air sedikit demi sedikit hingga habis. Tambah mentega dan adun hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat dimangkuk adunan. Bulat2kan doh dan tutup dengan plastik cling. Biar doh naik (kurang lebih 45 minit).
  2. UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 200C. Keluarkan doh, uli sekejap. Bahagi doh pada 2 bahagian. Tabur sedikit tepung pada meja kerja. Ambil1 bahagian doh, canai sedikit, kemudian alih ke dalam loyang bulat yang telah disapu sedikit minyak zaitun. Tekan2 doh tadi sehingga memenuhi loyang dan pastikan kelilingnya sedikit tebal. Buat kaedah sama untuk 1 bahagian lagi.
  3. Sapu sos tomato secukupnya, tabur 1/2 bahagian ikan tuna, 1/2 bahagian nenas, 1/2 bahagian trafficlight capsicum dan juga sedikit bawang besar. Tabur keju mozarella atasnya (yang ni ikut anda samada nak banyak atau kurang). Bakar 20 - 25 minit. Keluarkan dari oven dan boleh dihidangkan bersama sos kegemaran anda...

20 comments:

gadisBunga™ said...

sedapnye che mat....


saya penah buat pizza tapi tipu-tipu punye. pakai roti arab segera tuh je. dasar pemaleh! hehehe~

adda syuhada said...

yummy yummy...

Mummy Akmar said...

sedapnyer

mamawana said...

cedapnyerrrr

shamsul azani said...

so yummy!!

--- said...

sedappppnyeeeerrrr

Norzie hany said...

Sedapnya pizza.

MamaFaMi said...

Agak-agak kan, kalau 'anak' sedara yang ini mintak, pak ucu nak buatkan ke tak ek? Mmmm tak pe, nanti 'anak' sedara ni cakap dengan Mak Yah la.. mesti Pak Ucu buat sebab tak mau kena sumpah jadi labu... ahahahaha...

.*.WiE.*. said...

mm.. sedapnye pizza che mat..

Citarasa Rinduan said...

peehhhh..
saya nak req gakk..
hahahha

Rozuan Ismail said...

kalau ghope ini pizzanya, bapak budak pon terliur ni

lola federer said...

teringin nsk cuba..
thanks infomasi nih..

nabila azmi said...

bread improver tu blh ke disamekan dgn baking powder??

=)=)...

Mat Gebu said...

@ nabila azmi - err tak sama, kalau takde tak payah letak..

aeinio said...

wuhuuu tengah2 malam tanyang pizza sabo jerlaaa..

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

perghhh pizza mmg peberet anak2 saya.. besttt lah kalau blh buat sendiri gunakan resepi dari CMG ni.. saveee duit saya dari selalu order pizza hut.. terima kasih Cik MG ;)

Isha Nur Shisha said...

sedapnye ! nak try buat la. :)

Bella's Fashion Paradise said...

bestnye

Yatie said...

rajinnya Che Mat buat pizza sendiri, meriah gitewwww..akak sejak balik Msia tak pernah buat sendiri, order je kat pizza hut..lagipun cheese mahal...letak sikit tak rasa tertarik2 mcm tali tu..he3...dasar pemalas kan..he3..

Hathim Ishak said...

Assalam...cik mat, nk tanya sikit...kenapa roti blh turun slps di bkr?? l mean roti biasa...