UBI REBUS WIF SAMBAL TUMIS DI KALA HUJAN..

rsz_dsc_1770
Musim hujan datang lagi, dan kalau dikampung2, bila hujan2 macam ni, sedap kalau dapat makan ubi rebus cicah sambal tumis ikan bilis bilis, atau ikan masin digandingkan dengan kelapa parut yang digaul sedikit garam...memang nikmat. Kena pulak air kopi hangat..tak leh nak kata apa dah, tapi tu selera orang2 kampung lah. Kalau budak2 bandar mereka paling2 kokak pun nak pizza hut atau kfc. Tak kesahlah kan. Sekarang ni harga ubi boleh dikatakan mahal, masa nak raya dulu harga ubi kayu lebih mahal dari ubi kentang, kerana permintaan tinggi dari pengusaha2 makanan ringan untuk dijadikan kerepek. Jadi zaman sekarang, ubi kayu bukan makanan bertaraf rendah, atau makanan era perang, tapi ia satu sumber makanan penting dan boleh menjana ekonomi terutama dalam bidang pertanian.....errr..boleh pulak aku tulis macam pegawai pertanian...haaha...lantak lah situ. Idea merapu memang seronok, tapi bukan kosong....ada isinya, betul tak.... (*___^) ,sebab ini resipi mudah, mat cuma letak resipi sambal tumis sahaja, yang ubi rebus tu tak perlulah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 genggam penuh ikan bilis yang telah dibersihkan, rendam
3 senduk nasi penuh cili kisar
1 biji bawang besar, hiris
3/4 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, biar lebih sikit. Tumis bahan kisar halus hingga harum. Tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing dan pecah minyak. Guna api sederhana dan kacau selalu. 
  2. Masukkan pes asam jawa dan kacau rata. Tambah garam dan gula secukup rasa, masuk ikan bilis tadi (toskan), gaul rata dan masak hingga pekat. Tambah hirisan bawang dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama ubi rebus.

Post a Comment

12 Comments

  1. makanan org zaman dulu2 tapi sedap sampai sekarang

    ReplyDelete
  2. Kenangan ku semasa musim tengkujuh...menggamit memori..tq

    ReplyDelete
  3. dah lame xmakan ubi rebus...kecik2 dlu slalu mkn...

    Potrait Manusia Menggunakan Jari

    ReplyDelete
  4. sedapnya..dah lama tak mkn ubi rebus

    ReplyDelete
  5. sedapnya..dah lama tak mkn ubi rebus

    ReplyDelete
  6. uik! pg td dah mkn ubi rebus ngan sambal jawa plus ikan masin..fuh! buang angin aje..hahaha

    ReplyDelete
  7. uik! pg td dah mkn ubi rebus ngan sambal jawa plus ikan masin..fuh! buang angin aje..hahaha

    ReplyDelete
  8. Favorite saya ni...aduh tergodaaaa...

    ReplyDelete
  9. Sedapnya...balik nanti leh buat ni...CMG punya resepi semua pun nampak hebat walaupun simple..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.