BEN ASHAARI

Thursday, October 18, 2012

SUP TULANG......LAGI BAIK DARI MAKAN "HATI"..

rsz_dsc_2021
Salam Khamis semua. Hari ni macam termalas nak masak, jadi pagi tadi mat buat sup tulang, lepas tu pandai2 lah nak makan dengan mi hoon ke, mi kuning ke, roti ke atau apa2 saja lah. Penat juga memasak ni, stress pun ada. Tapi dah tanggungjawab, kenalah selesaikan dengan berhemah. Seperti biasa, sup tulang mat masak guna periuk tekanan atau pressure cooker. Ia lebih menjimatkan masa dan wang. Kalau takde boleh guna periuk biasa atau rice cooker. Dulu mat guna tulang serangka, tapi kali ni mat guna tulang....errr..ntah apa ke nama tulang tu, tulang lutut kot, tak pun gear box, tak kesahlah, janji halal. Jika anda nak letak kentang atau lobak merah juga boleh, ikut suka. Tapi mat buat sup togel saja. Disebab kan tulang lembu ni ada masa bau dia agak kuat sedikit, mat lebihkan halia dan lada hitam. Ok itu saja untuk kali ini, kita lihat resipi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1.2 kg tulang lembu yang masih berdaging, cuci bersih dan toskan
1 sup bunjut "sup tulang" adabi*
1 pokok kecil daun sup, potong kasar*
1 camca besar bawang goreng*
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*
Air secukupnya
Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Sambal kicap secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 inci halia
5 ulas bawang putih
1 camca besar penuh lada hitam biji
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan tulang ke dalam periuk, kemudian masukkan bahan kisar halus, bahan2 bertanda (*) dan air secukupnya. Kacau rata dan masak hingga menggelegak. Kemudian kecilkan api dan renih sup hingga daging pada tulang tadi empuk.
  2. Kalau anda guna kentang, boleh letak masa sekarang ni dan masak hingga kentang empuk. Kalau kurang kuah boleh tambah air. Perasakan dengan garam secukup rasa dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Hidangkan bersama nasi impit, mi hoon, mi kuning atau dimakan begitu sahaja. Jangan lupa tabur hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan juga sambal kicap sebagai "pembakar"..


16 comments:

hairulafiz said...

memang sedap ni nak2 musim ujankan....

cikja said...

betul la mat...kdng2 nk masak hari2 jd stress tau..lg la balik keja mcam2 nk buat,,:(

iela said...

betul tu memasak kadang2 jd stress n penat. Hanya orang yg hari2 memasak kat rumah je tahu perasaan tu.. huhu

gadisBunga™ said...

melelehhhh...!!!

makan dengan roti memang asyik ni CM!

Tihara said...

as salam

saya takleh nampak sup tulang..miss it so much..takpe raya haji dah dekat nt..insha Allah :)

ameris said...

mat;sedut gear box tu guna straw sedap. singgang tulang pun sedap mat...

Uda said...

stress....hari2 nk mikir masak apa...tp pahala manyak woooo.....

Uda said...

stress....hari2 nk mikir masak apa...tp pahala manyak woooo.....

Kjee said...

che mat, bawang goreng tu menggoda!

SuteraTerengganu Silk said...

nakkkkk....tgk gambar je dah kecur...nakkkkkk

Pink Diary said...

bawang goreng yg menggoda tu penambah sedap juga

EPIK said...

terlliuurrrr!!!! nk sikit!!!

[Gadget & Aksesori Steampunk Yang Cool]

eray said...

gambar masakan mat gebu tak pernah gagal membuatkan sy terliur...esok nak cari tulang.

http://welovesusuibu.blogspot.com/2012/10/kebaikan-seks.html

~Nita said...

Sejak beli slow cooker, saya masak sup tulang dan sup kaki ayam guna slow cooker lebih kurang 2-4jam. Hasilnya amat memuaskan hati. Dagingnya lembut dan sup kekal panas dlm tempoh yg lebih lama.

SambalBilis said...

sejak orang rumah bersalin ni ,blog mat ni jadi rujukan utama bila ke dapur.terima kasih bnyk2 la mat .semoga bertambah berkat ilmu yg dikongsikan .

:-))

Azira Samsuddin said...

Bleh lh cuba ni sup tulang versi cik mat... Sedap gitu...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.