BEN ASHAARI

Tuesday, October 16, 2012

SINGGANG SOTONG DOBO-DOBO...

rsz_dsc_1893
Entri malam ni kita lihat satu menu yang paling mudah, paling senang masak, paling tak cerewet  dan satu menu "dobo-dobo" jeee, tapi paling tersekssssaaa's pada mat gebu....grrrr, sotong lagi. Takpe lah. Sebab masak senang, stress pun kurang. Yang ni takde guna minyak segala, cuma rebus saja. Tapi mat guna gak lah kiub ikan bilis sebagai perisa, sebab mat tak guna serbuk perasa. Kiub ikan bilis pun ada juga yang tanpa MSG, terutama jenama MAGGI. Tak perlulah lah letak seketul, kalau masakkan anda hanya dalam periuk kecil, guna 1/2 sudah cukup lah. Sotong yang mat guna ni saiz comel2, jadi tak perlu dipotong, cuma bersihkan dan bahagian kepala tu dibuang dakwatnya. Bak kalau sotong dimasak macam ni dia suka, tu yang mat masakkan. Masak mudah macam ni dihidangkan dengan nasi hangat, sayur, sambal belacan dan ikan goreng sudah cukup menyelerakan...betul tak?....nasib baik ramai yang angguk pala...

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram sotong
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci halia, hiris nipis
2 - 3 biji cili padi, diketuk
1/2 kiub pati ikan bilis
1 pokok kecil daun sup
Air secukupnya
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong dibersihkan, kalau guna sotong kecil macam mat guna, tak perlu dikerat. Kulit sotong terpulang pada anda samada nak buang atau tak, kalau tak buang, kuah dia jadi kemerahan macam dalam gambar. Cuci dan toskan
  2. Dalam periuk, masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi titik. Tuang air secukupnya (anggaran 2 cawan, kalau tak cukup boleh tambah kemudian). Masak hingga mendidih. Tambah kiub ikan bilis dan masukkan sotong tadi.
  3. Masak hingga sotong berubah bentuk. Perasakan dengan garam secukupnya. Jika anda rasa nak tambah kuah, boleh tambah sedikit air. Akhir sekali masukkan hirisan daun sup, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan...


10 comments:

Shahriah Abdullah Novelis said...

Assalammualaikum Tan Sri CMG! << (baca dengan nada bersemangat) :)) waduhh Dobo-Dobo giteww.. masa terpandang tadi.. macam silap baca hehee.. sedap ni.. selera tak de masakkan lauk macam ni... cukup seminggu cecuba timbang ngehhh ;)

Mat Gebu said...

@ Datin seri - xceli singgang sotong "bodo-bodo", utk lebih sopan, kasi tukar jadi "dobo-dobo"... *___^

mommynana said...

Sempoi! :D

Chah said...

Mmg power lauk yg dobo2 lahhh buat ai jd dabak2 cik mat oii..

adda syuhada said...

sedapnya..

Nastyna said...

OMG terliur nyer, my mom suka buat ni dulu, rebus2 jer. Senang sangat tapi sedap.

Afasz said...

mak aiii sedap nye.. sy suka singgang .. tp tk pernah lg rasa dengan sotong.

CiK Nik @ keNek :) said...

favorite kots nie...tp kami letak serai..tak letak halia.. :D

JunAina said...

CMG...kalau org Perlis masak cam gini depa bubuh serai. Asik2 cerita org Perlis jerk eh...nak buat macam mana asal sana...ekekekee...

Chinta Safia said...

sedap ni ...kalau dimakan bersama sambal belacan lagi meletup.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.