BEN ASHAARI

Friday, October 19, 2012

SAWI PUTIH MASAK LEMAK.

rsz_sawi_putih

Assalammualaikum, salam Jumaat semua. Makan apa ni hari? Memandangkan mat gebu dalam mood mendatar, jadi ku masak apa yang ada dan semua orang boleh makan. Kalau ikutkan mat, cuma nak goreng telur lepas tu letak kicap, cili padi dan bawang saja. Tapi nanti yang lain tak sudi pulak. Jadi hari ni mat masak sawi putih masak lemak, lemak putih yang biasa2, amat suci gituu. Masak yang ni amat2 mudah, kira masak lemak asas untuk sayur-sayuran. Anak2 remaja juga boleh memasaknya. Tapi harus diingatkan, sedap atau tidak masakkan anda bergantung pada cara dan bahan2 yang anda guna. Jika bahan2 segar, insya Allah akan sedap. Paling utama santan kelapa tu. Satu lagi kami orang Johor, kalau masak, selain diasingkan santan pekat dan santan cair, rencah udang kering juga digunakan dalam masak lemak seperti ini....errr, mungkin negeri2 lain pun sama juga....Resipi mudah seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram sawi putih
1 camca besar penuh udang kering, rendam sekejap, tos dan tumbuk kasar
800 ml santan cair
300 ml pati santan
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris serong
Garam dan gula secukup trsa

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Sawi putih dicuci, toskan. Siang berasingan batang dan daunnya. Ketepikan. Dalam periuk, masukkan bawang besar, bawang putih, udang kering dan santan cair, kacau rata dan masak hingga mendidih..
  2. Masukkan batang sawi dan masak sekejap hingga lembut. Tambah daun sawi, kacau dan masak sekejap. Tuang santan pekat. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar mendidih sekejap dan masukkan hirisan cili merah. Masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ikan goreng/ikan masin.

4 comments:

Tina Othman said...

sedapnya cmg, berselera tgk

ummisara said...

salam che mat...

lamanya tak makan sayur masak lemak...dipadankan pulak denagn ikan gelama masin...aduihhhh terliur nih

Sari Yusa Ibrahim said...

betul, saya memang selalu asing santan cair & santan pekat, udang kering??? penambah perisa...

siti sabri said...

sy guna santan kotak..jd curah gitu je dalam periuk bila nk masak..huhu..nk cepat punya keje...
salam ziarah abg mat
sitiazahar.blogspot.com

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.