PUFF PASTRY CHICKEN PIE...

rsz_dsc_1543
Salam, entri yang ni senang cakap amat2 mudah dibuat, tapi sajalah mat tepek 2 gambar. Sebab nak bebel banyak. Ada orang kata mat gebu kalau kurang bercakap, diam macam cicak berak kapur, tu tanda dia tak normal, kalau dia cakap merapek meraban tah hapa2, haa barulah normal namanya. Tapi pada mat lah kan, apa orang nak pandang, nak kata, itu mereka punya pasal, mat senang je, kalau ada yang rasa me not ok, ok you can go, kalau rasa ok, you're welcome. Malas nak fikir2, kasi tambah kedut muka guaaa siaaa. Errr...apa lah si mat tu merepek. hmm, biasalah kata normal. Berbalik cerita pasa entri hari ni, mat nak habiskan baki puff pastry. Fikir punya fikir yang paling mudah buat chicken pie atau pie ayam. Kenapa mat kata mudah? Sebab banyak bahan2 yang sedia ada...ok kita sambung di bawah.....

rsz_dsc_1556
.....Puff pastry yang tersedia dijual, lepas tu isi ayam mat campur dengan mushroom soup VONO yang jenis serbuk tu, guna 1 paket saja. Kadang seronok juga menggayakan puff pastry ni, boleh ikut kreativiti anda, cuma macam mat guna ni saiz kecik dalam 4 inci x 4 inci, jadi nak menggayakannya agak terbatas, kalau potong macam mat buat tu akan ada lebihan reja2. Sayang pulak, tapi reja2 tu anda boleh simpan dan guna untuk projek lain nanti. Caya anda melipat pastry terpulang, samada nak 3 segi, 4 segi, bentuk macam poket dan sebagainya. Satu lagi puff pastry agak payah kalau lembik, jadi biar dia dalam keadaan sederhana sejuk masa membentuk, kalau melekat, anda tabur sedikit tepung... Panjangkan mat gebu bebel....errr tak kesah lahh...Ok resipi mudah seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cawan isi ayam yang dipotong kiub
1/3 cawan mix vege (karot, jagung, kacang pis)
1 paket mushroom soup VONO
1 biji bawang besar, dadu
2 ulas bawang puith, cincang halus
1 helai bau leaf
Serbuk lada hitam secukupnya
Sedikit parsley, dicincang halus
1/4 cawan air
Puff pastry secukupnya
Kuning telur untuk menglis
Sedikit cincangan parsley untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, mat guna non-stick pan. Tumis bawang besar, bawang putih dan bay leaf hingga layu, masukkan daging ayam dan serbuk lada hitam. Gaul rata dan masak hingga daging ayam berubah warna.
  2. Tuang air dan masukkan mushroom sup VONO, kacau rata dan masak dengan api kecil. Masukkan mix vege, parsley dan terus memasak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matika api (mat tak letak garam kerana mushroom soup tu sendiri sudah terasa garamnya).
  3. Ambil sekeping puff pastry, isi inti dan lipat dua, tekan tepi2nya dengan farfi dan cucuk2 sikit permukaan pie, buat hingga siap, sapu kuning telur dan tabur cincangan daun parsley. Bakar dalam oven pada suhu 200C selama 20 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan sebelum dihidang...

Post a Comment

7 Comments

  1. xper, bebel panjang pun xper, pasal mak2 budak yg baru blajo mcm saya ni, akan teliti satu persatu ayat yg MG post, hehe, penting tuh utk saya....:)

    ReplyDelete
  2. Sedap....sedap.....sedap. Suka bila mat merapu. Lagi meriah baca.

    ReplyDelete
  3. As salam CMG,
    Nak tanya macam mana nak buat bahagian bawah pastri jadi garing. Bila saya buat, ianya agak lembab sedikit.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.