BEN ASHAARI

Wednesday, October 24, 2012

PASTA FETTUCCINE WIF PESTO..

rsz_pasta_wif_pesto

Pernah makan pasta yang digaul dengan pes pesto?...Satu lagi mesti ada yang tanya, pesto tu menda?.. Mat pun memang dulu tatau pesto tu menda, tapi sekarang tau dah. Ada juga dijual siap guna, tapi harga dia mahal dan selalunya jenama luar negara. Hari ni mat saja2 lah buat, memandangkan petang tadi punya lah bosan terlampau, dah lah elektrik takde, nasib baik cuma beberapa jam. Bercerita pasal pesto dan mengikut wikipedia, pesto berasal dari Itali, dan ia campuran dari bawang putih, herba basil, keju parmesan, pine nut, minyak zaitun dan sedikit garam. Semua bahan2 tadi dikisar hingga halus. Selain dimakan bersama pasta, ia juga boleh dimakan bersama pizza, kentang rebus dan daging panggang. Cuma pada mat mungkin ada sesetengah orang kita tak berasa sesuai sangat di tekak mereka. Kalau tanya mat?...Ok saja...sedappp....i likeee!!!..

rsz_pesto
Macam atas tu lah rupa pesto, setelah dikisar dengan minyak zaitun (mat guna extra virgin olive oil @ EVOO). Herba Basil segar anda boleh beli di Tesco. Kalau nak cuba guna daun selasih ok juga kot, rasa dia pun sama je, cuma pada mat herba Basil rasa dia kurang kuat sedikit berbanding daun selasih walaupun mereka adik beradik kembar. Kalau anda nak kelainan boleh lah mencuba, tapi mat nak bagitau awal2. Resipi macam ini bukan boleh kena dengan semua jenis tekak.....tu saja nak kata...Jommm kita lihat resipi...

BAHAN-BAHAN UNTUK PESTO :-)
2 genggam herba Basil segar, cuci dan toskan
4 ulas bawang putih, potong kecil
1/4 cawan pine nut, disangrai hingga perang, sejukkan (contoh pine nut, di sini)
1/2 cawan parutan keju parmesan
3/4 cawan extra virgin olive oil
Garam secukup rasa

BAHAN - BAHAN LAIN :-)
100 gram pasta 'fettuccine', rebus dalam air bergaram hingga lembut dan toskan
3 - 4 biji tomato ceri jenis "plum", cuci dan belah 2 setiap 1
1 batang sosej ayam, celur dan kerat pendek
Sedikit pine nut, untuk hiasan
Sedikit herba Basil segar, untuk hiasan (mat guna daun selasih jee)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan herba bawang putih dan pine nut ke dalam blender atau food processor, tuang sedikit mintak zaitun dan kisar halus. Tambah herba basil, keju parmesan dan sedikit garam. Kisar dan perlahan2 tuang baki minyak zaitun tadi hingga habis. Kisar halus. Rasa dan jika perlu tambah garam secukup rasa. Simpan dalam botol bersih dan ketepikan untuk kegunaan kemudian.
  2. Masukkan pasta ke dalam bekas. Masukkan 2 1/2 camca besar pesto, tomato dan sosej, gaul hingga rata. Rasa dan jika ok boleh alihkan ke dalam pinggan. Tabur pine nut dan hias dengan herba basil segar. Hidangkan segera.

10 comments:

i'mNOTmasterchef said...

memang sedap kan che mat!
yumm! :)

lemongrass said...

Yummm!!!
I pun baru aje buat pesto ni a few days ago. Tapi memang betul seperti kaat Cik Mat, pesto ni bukan boleh kena dengan semua tekak kan :-).

linda said...

Slm CMG,pesto ni mcm pes ye?Kalo tgk resepi tu pesto ni x dimasak ye? Dikisar semua bahan, dan gaul dgn pasta dh siap rebus dan lain2 bahan. Betul ke pemahaman saya?

linda said...

Slm CMG,pesto ni mcm pes ye?Kalo tgk resepi tu pesto ni x dimasak ye? Dikisar semua bahan, dan gaul dgn pasta dh siap rebus dan lain2 bahan. Betul ke pemahaman saya?

Hasidah Bt Awang said...

SLM KENAL..CMG..bestnya kalau dpt try ni..

azieazah said...

Saya belajar makan segala jenis pasta dari anak dara saya!

JunAina said...

Makan cam ni ada jugak yg tak boleh diterima tekak. Tapi nampak ijao tu macam memikat tekak je...

Muhamad anuar Marsib said...

Sedapnya Pasta ni.. Yummy..

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat menyambut hari raya Aidil Adha.. Saya kirimkan koleksi ucapan hari raya sms sebagai tanda ingatan dari jauh..


Koleksi SMS Ucapan Raya AidilAdha pilihan Anuar

Shasha Mohamed said...
This comment has been removed by the author.
Shasha Mohamed said...
This comment has been removed by the author.