BEN ASHAARI

Tuesday, October 16, 2012

MI KARI ALA NYONYA.....MELELEH AIR LIUR GUAA..

rsz_dsc_1844
Salam petang semua. Kali ni entri yang mat masak semalam, tapi petang ni baru kasi masukkan dalam blog DTS. Walaupun begitu, ia tetap panas dan mengiurkan. Sesuai untuk semua acara dan majlis. Kali ini mat buat mi kari ala nyonya yang lebih lite dan kurang pedas. Hanya guna kurang lebih 1 cawan santan. Kebiasaannya bagi orang2 cina juga orang2 peranakan, kalau mereka buat mi kari atau laksa lemak, tauhu pok akan digunakan. Kenapa?.. Sebabnya tauhu pok agak istimewa berongga dan boleh menyerap kuah dengan baik, ia seakan2 sponge (err...bukan sponge BOB ok.). Jadi masa makan, ia akan memberi satu rasa sensasi pabila digigit dengan rasa lemak2 tauhu dan jus dari kuah mi kari yang terserap tadi...hmmm, tergoda tak?..

rsz_dsc_1837
Seperti kebiasaan, mi kari bahan sampingan dia ada telur rebus, taugeh, hirisan daun bawang/daun sup, bawang goreng, hirisan cili merah/hijau, sawi bok choy yang dicelur dan yang wajib ada belahan limau kasturi. Apa2 pun itu terpulang pada anda nak menggayakannya. Akhirnya kita dan keluarga kita juga yang makan. Jadi kalau buat biarlah semua orang suka, kalau kita terikat sangat dengan resipi dan hasilnya tidak kena dengan citarasa orang lain, dah mereka takmo. Ada orang agak cerewet dalam hal2 makan, kalau rasa sikit, tak ngam dengan tekak, terus tolak...haishh...susah orang macam tu. Jadi pada anda2 yang punya suami, anak2, waiman mak ayah sendiri atau mertua yang tidak atau kurang cerewet, bersyukurlah, tapi dah tau tak cerewet jangan pulak digasakkan mereka dengan makanan segera...Errk...terover the limit pulak si mat tu..Ok lah kita semak resipi, tapi sebelum tu kasi satu pantun dulu....

TINGGI MERIMBUN POHON BERANGAN,
POHONNYA TUMBUH DI TANAH BAGAN,
MI KARI ALA NYONYA UNTUK HIDANGAN,
SILALAH MAKAN, TAK USAH SEGAN..

BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH :-)
1 keping besar ayam (bahagian peha atau dada), dipotong kecil, cuci dan toskan
1 bungkus tauhu pok (kurang lebih 10 biji), kerat 2 setiap 1
Tauhu kering @ fucuk secukupnya, potong kecil dan rendam hingga lembut
1/2 camca teh pes asam jawa
1 cawan pati santan
2 biji kentang, rebus hingga empuk dan lecek halus
2 camca besar penuh rempah kari daging Baba's (atau jenama pilihan anda)
1 kiub pati ayam (optional)
Air secukupnya
2 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
3 biji cili merah
1/2 inci kunyit hidup

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Mi kuning, dicelur dan toskan
Taugeh, dibuang ekor
Hirisan daun bawang/daun sup
Bawang goreng
Hirisan cili merah/cili hijau
Telur rebus, dibelah 2
Belahan limau kasturi
Sawi bok choy, cuci dan celur, toskan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK KUAH MI KARI :- Satukan bahan kisar halus dan rempah kari, kacau rata. Panaskan minyak dalam periuk, tumis daun kari hingga harum, masukkan bahan kisar halus + rempah kari tadi. Masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu hingga pecah minyak. Masukkan ayam dan gaul hingga rata, masak hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan kiub ayam (jika guna), fucuk (toskan), pes asam jawa, kenteng lecek dan pati santan. Kacau rata, bila mendidih masukkan tauhu pok. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga ayam masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api...
  3. UNTUK MI KARI ALA NYONYA :- Masukkan mi secukupnya dalam mangkuk sesuai, tuang kuah bersama isi2nya. Hias dengan sawi, taugeh, telur rebus, hirisan cili merah/cili hijau. hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan juga limau kasturi. Hidangkan panas.....ohhh heaven!!

12 comments:

Nor Zilla Sensei said...

perghh..meleleh air liur gua.haha

Saya Disini said...

erm,,,xthn sy tngk

aDisH.sHidA said...

bukan air liur cmg je meleleh..kami yang tengok pun meleleh..dok telan je nie..huhuhu.

eh telur rebus la cmg..hehhe

cikja said...

omg...mat ni cam tau2 jer akak tngah usha rcp yg guna tahu sponge bob tu,,hehehe...balik ni buat mee kari la ...thnks mat bg idea..:)

eyeyou said...

baru balik dari pekan..
mencari barangan utk masakan..
mmg hati teringin nak makan..
apakan daya, hanya foto yg dihidangkan..:)

lemongrass said...

Salam Cik Mat,
malam tadi pun saya baru makan mee kari laksa ala nyonya, pakai tofupok tu. memang betul mcm Cik Mat ckp, bila kita gigit tofu tu, kuah kari laksa yg sedap tu meleleh keluar :-D

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

adoiii.. tak ble tahan... mmg sodap!!

Sya Kiffli said...

cik matttt....sedappp

❤farahin izzati❤ said...

pest !!! send kan mi kari nyoya kat rumah sy boleh tak hehe :D

terbaik !!

SuteraTerengganu Silk said...

cantik la mangkuk cmg tu...sungguh klasik gitu..;-)

missina said...

perghhh,,terliurrr,,mlm2 ni mana nk cari,,,huhu

Intan Baizura said...
This comment has been removed by the author.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.