BEN ASHAARI

Monday, October 15, 2012

MAKAN TENGAH HARI DENGAN ASAM PEDAS..

rsz_dsc_1802
Jemu dah orang tengok menu asam pedas dalam blog DTS ni, tapi apa nak buat, dah itu yang mat masak. Lagi pun macam pernah mat tulis dulu, apa yang mat masak, akan mat share di DTS, kalau masak asam pedas, maka asam pedaslah entrinya, dan begitu juga yang lain2. Kali ni mat masak asam pedas guna sejenis ikan karang, rupa dia macam burung kakak tua, atau parrot fish (anda boleh cari kat Google). Ikan jenis bersisik, isinya amat sedap dan lembut. Mat letak sawi jeruk sebagai bahan sampingan. Asam pedas agak versatile, boleh dimakan bersama nasi, dicicah lempeng atau roti. Kalau orang Bugis, mereka akan makan burasak dengan asam pedas ikan parang. Selain sawi, antara sayuran yang sesuai dicampur ke dalam masakan asam pedas ialah tomato, nenas, terung, bendi dan ada juga yang campur batang keladi atau kacang panjang. Apa2 pun ikut selera anda lah yea.. Resipi asam pedas untuk kali yang ke sejuta, seperti berikut...hehe..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan "parrot fish" saiz sederhana (sejenia ikan laut berhabitat dikws terumbu karang)
4 - 5 kelopak sawi jeruk, potong kecil dan rendam
2 senduk nasi cili kisar
1/2 camca besar pes asam jawa (mat guna Adabi)
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit serbuk lada hitam
1 kiub ikan bilis (optional)

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dibuang sisik, kerat pada beberapa bahagian, cuci bersih dan perap dengan jus limau nipis dan sedikit garam selamat 10 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukan cili kisar dan tumis hingga cili garing dan terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu.
  3. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya. Kacau rata dan biar mendidih. Masukkan sawi jerul (tos dan perah), pati ikan bilis (jika guna) dan serbuk lada hitam. Masak sebentar.
  4. Tambah ikan tadi dan kacau perlahan2. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak dengan api sederhana hingga mendidih. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama lauk2 lain..

2 comments:

Putera Dunia said...

Tengok gambar je dah rasa lapar...iskh3x....

Kniedaz said...

Asam pedas bubuh nenas pun sedap kan abang Mat...masam2 manis gitu

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.