BEN ASHAARI

Thursday, October 11, 2012

KURMA SOTONG...BUKAN UNTUK AKU...

rsz_dsc_1532 (1)
Assalammualaikum, entri masak2 hari ni mat nak share satu menu yang bukan untuk mat, tapi mat masak untuk mereka2 yang boleh makan. Mula2 ingat dan buat rendang sotong, tapi tu hari dah buat, jadi mat cuba masak kurma pulak. Selalu kita guna daging, ayam atau telur rebus, jadi kali ni guna makanan laut, dari komen yang mat dapat dari mereka2 yang dah rasa, semua kata sedap, anak buah mat yang kecik sekali pun kata sedap juga. Tadi cuit sikit kuah dia, hmmm not bad lah, kalau dapat rasa sotong dia, lagi sedap agaknya.  Mat buat guna sotong bersaiz sederhana, tak perlu dipotong, biar seeko2 dan hanya dikelar2 tapi tak putus sudah memadai. Untuk resipi ini mat guna 500 gram sotong dan mat celur sekejap. Tapi yang tu cara mat, kalau anda tak nak celur pun ok, campak masuk saja....kalau dah bersedia jomm kita lihat resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram sotong bersaiz sederhana
10 biji tomato ceri, belah dua setiap satu
2 camca besar penuh rempah kurma (mat guna Baba's)
1/2 cawan pati santan
1/2 cawan air
1 camca besar kerisik
1 camca besar minyak sapi
Hirisan cili merah untuk hiasan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMIS :-)
2 tangkai daun kari, dilurut
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
1 biji bawang besar, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1 camca teh lada hitam biji

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong dibersihkan, kemudian kelar2 sotong tadi tapi jangan sampai putus, cuci kembali dan toskan. Kemudian celur sotong tadi dalam air mendidih bergaram selama 30 saat, angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak masak dalam kuali, kemudian masukkan minyak sapi. Tumis bahan2 tumis hingga layu, masukkan bahan kisar halus dan masak hingga wangi, tambah rempah kurma dan kacau rata dan masak hingga terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Masukkan santan dan air, kacau dan masak hingga mendidih. Masukkan kerisik, sotong dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kacau rata dan masak hingga pekat. Akhir sekali masukkan tomato, gaul rata, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan cili sebelum dihidangkan...


4 comments:

gadisBunga™ said...

CM tak beli lagi ubat gatal? :D

kakchik@ella said...

sedap ni cik mat. lain dari yang lain.

Amin A. R said...

Menarik... Nak cuba buat esok :)

Qasey Honey said...

mnarik...kena cuba ni sbb dh terasa2 kt tekak ni akan kesedapannya tu...amik resepi yer..tq

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.